AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, September 13, 2009

antara rekoder dan cerita seram yang tiada penamat

semalam malam ke 23 di dalam bulan ramadhan..ramai yang dah mula membuat kuih raya aku rasa..mber sealam maya aku saudari mawar pun tgah sibuk duk wat sarang semut..lama x jumpa kuih tu mawar,terkejut lak dengar mawar tgah buat..memang orang lama la mawar ni,haha..berbalik dengan malam ramadhan,mcm biasa aku menunaikan solat sunat trawikh kat msjid mujahideen damansara..beru je aku nak cucuh rokok dunhil feveret aku,aku disapa oleh seseorang yang aku pernah kenal..dia cikgu muzik aku masa di skolah rendah dmansara jaya (2) dulu,cikgu khairul anwar..niat murni aku nak mencucuh rokok aku pendamkan,oleh kerana aku hormat dia sebgai seorang guru yang pernah memberi aku ilmu..selepas bersalam dan bertya kabar dia msuk kedalam masjid..aku lak mahu mnjalankan aktiviti sumbang aku yang tadi tertangguh..azan berkumandang,aku bergegas masuk ke masjid,rokok tidak ku hisap,aku tangguhkan dulu..selesai solat isyak,aku solat terawikh berjemaah pula..tapi kepala aku duk asyik teringat kat cikgu khairul anwar..skrin kepala mula memainkan kisah lampau aku di saat imam mengalunkan bacaan ayat suci al quran..

s.r.k Damansara Jaya (2) tahun 1995

aku darjah 4 masa tu..dan sebagai pelajar tahun 4 aku diwajibkan amik subjek muzik..cikgu khairul la guru yang bertanggungjawab mngajar aku..cikgu khairul berasal dari perak,tanjung tualang adalah kampungnya..seorang yang agak kelakar dan kadang2 seorang yang agak tegas..oleh sebb tegasnye la,aku terpaksa mnyuruh ayah membeli rekoder..pada tahun ini la aku mengenal apa itu rekoder..sejenis alat muzik yang seakan-akan seruling,dan sampai skang aku x tau mcm mana nak main..





rekoder aku kaler putih susu kalu orang new york panggil pearl white..betul ke pearl white mawar??,jenama yamaha..dalam ati aku bertanya,apa kejadah belaja main rekorder,mana ada kelas..baik aku belaja seksafon..untung2 leh jadi kassim selamat,leh jumpa sabariah..leh jumpa nyonya mansur..erkk,nyonya mansur??xnak aku..kelas muzik aku dijalankan didalam sebuah kabin(kontena) di dalam kawasan sekolah..di situ aku diajar mngenal d major,d minor,g sharp dan mcm2 lagi la..dan aku lihat,ramai rakan2 seperjuangan aku menanam azam nak jadi ahli muzik terkenal..aku tidak terkecuali,malah pernah ingin mnjadi seorang komposer..rekoder aku dan rakan2 penuh dengan enzim amilase kami sendiri..kami terus meniup rekoder dan mengalunkan irama sumbang yang kami yakin amat merdu pada masa itu..selain mengajar ilmu muzik kepada anak2 muridnye..cikgu khairul gemar bercerita kisah seram yang mnimpa dirinya..aku msih ingat akan cerita2 itu,kerana ia sentiasa terbayang di kpala aku,dan mbuat aku takut untuk keluar malam hatta ke tandas di waktu malam..aku tidak tahu itu kisah benar atau tipu,tapi memang betul kisah itu yang diceritakan pada kami..aku tidak mnipu,tyalah sesapa yang pernah mnjadi budak darjah 4 di s.r.k dj(2) tahun 1995 dan belajar muzik dngan cikgu khairul..pasti mereka akan bercerita sama seperti apa yang aku nukilkan disini..dan jika ada tokok tambah,itu perkara biasa bg menyedapkan sesuatu cerita itu..hehe..ceritanye begini..versi asal adalah sebanyak 2 episod..dan cerita ini tidak sempat habis..kerana pihak skolah mlarang ckgu khairul dari meneruskan aktiviti mari berceritanya..kisah bermula semasa ada wayang pacak di bndar..masa itu beliau pergi ke bndar untuk menonton bersama dengan abngnye..dalm perjalanan pergi tiada masalh..semasa hendak pulang,baru lah kisah ini bermula.."abng ckgu mngajak untuk pulang"kata cikgu khairul..aku mula meneguk air liur..rekoder aku genggam kemas..budak2 perempuan mula berpeluk2..'semasa hendak pulang cikgu akan melalui satu pokok tualang..tiba2 abng cikgu memecut laju apabila menghampiri pokok tualang itu..cikgu takut,lalu turut memecut..sampai betul2 dihadapan pokok tualang,tiba2 rantai basikal cikgu tercabut dari spoket"..semangat keperwiraan aku mula tercabar..semakin laju aku meneguk air liur..unsur2 saspen telah mula menjalar..cikgu khairul mnyambung lagi.."cikgu berhenti betul2 dihadapan pokok tualang tersebut..di malam yang kelam itu,cahaya bulan turut tidak kelihatan,cikgu meraba2 mencari rantai basikal..tiba2 cikgu terdengar bunyi tapak kaki..perlahan2 dan semakin lama semakin kuat..cikgu mncari dari mana arah datangnye bunyi tersebut..dan tiba2 cikgu terpandang kaki tanpa badan..hanya kaki..berlumuran darah"..kontena mula hingar dengan jeritan..cerita diberhentikan..mggu selepas itu cerita disambung.."cikgu mula melangkah setapak kebelakang..kaki itu menapak kedepan..cikgu ketakutan,macm2 bacaan doa dan ayat2 suci al-quran cikgu baca..ckgu mlangkah lagi setapak..kaki itu turut melangkah setapak...dengan kekuatan yang ada,cikgu berlari"..aku terus menumpukan perhatian..jeritan plajar pmpuan aku tidak hiraukan.."cikgu berlari dan terus berlari..dan dapat merasakan kaki itu terus mngikut cikgu..tiba2 cikgu terlanggar akar pokok..cikgu terjatuh..malam makin sunyi..bunyi tapak kaki sudah tiada..hanya bunyi unggas yang kedengaran".cikgu khairul menambah lagi.."ckgu dapati rupa2nya cikgu terjatuh di hadapan pokok tualang,cikgu berasa hairan..bukankah tadi cikgu sudah lari jauh dari pokok tualang tersebut..cikgu mahu bangkit..tiba2 cikgu terlihat akan mata merah pada pokok tersebut..cikgu mnjadi tidak bermaya..dan tiba2 lidah keluar dari pokok itu"...pelajar pmpuan menjerit..cerita diberhentikan...

fakta..
1)kisah ini kisah benar yang diceritakan oleh cikgu khairul
2)mngikut perjanjian,jika pelajar menjerit,maka cerita akn diberhentikan
3)terdapat muzik latar dari keyboard yang dimainkan oleh cikgu khairul
4)aku x pandai main rekoder


0 pengomen: