AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Tuesday, September 8, 2009

mana duit aku

tadi lepas solat terawikh,aku bjumpa ngan rakn masa kecik2 dulu yang aku panggil panjang,nama sebenar dia azrul aminur rashid bin khosim..agak lama aku tdk berjumpa ngan dia..setelah bertukar2 kabar dn bertukar2 rokok..kami bersembang dan terus bersembng sehingga bab tanm duit..tergelak besar aku tringat akan kisah kejahilan aku ini

sekolah rendah agama kg.sungai kayu ara tahun 1993

setelah penat bermain polis sentri aku dan rakan2 lepak kat bawah pokok dekat bngsal basikal...sambil bersembng2 hal kanak2 seperti cerita gaban,ultraman dn sebagainya..tiba2 panjng mngatakan yang dia pernah tanam duit seposen dan apabila digali keesokannya duit itu telah mnjadi 20 sen..panjang katakan lagi yang tanah di skolah agama ni ajaib..budak2 yang mndengr cerita itu berasa teruja,aku lagi la..dalm kpala aku berazam nak tanam duit syiling singgit aku..aku brtya kat panjang samaada kena ada baca jmpi atau x..panjang kata xyah jmpi2,cuma tanam dikawasan skolah agama ni dan tndakan dengan lidi....kami berazam untuk tanam wang syiling masing2 dn mnandakan tmpat masing2..setelah selesai mnanda dengan lidi yang kami ambil dari dalm kelas,kami pun masuk ke kelas dngan perasaan bercmpur baur..dalam ati aku,jika berjaya akan aku tanam lagi duit belanja pmberian ayah pada keesokan hari..kalu aku tanam singgit leh jadi 2 ringgit,bnyak la jajan leh aku beli..rehat itu aku hnya mnelan air liur..bukn aku saja,rakan2 aku yang turut sama menanm syiling mereka turut berpuasa sunat 20 minit pada waktu rehat itu..dalm ati aku berkata xpe,esok aku kaya..keesokan hari aku datng awal kesekolah..aku tgok toman dah mgali balik tmpat dia sorokkan duit syilingnye..aku x endahkan langsung toman,aku bergegas mngali tempat yang telah aku tndakan...aku mgali sampai locng berbunyi, aku dapati duit aku telah hilang........aku terkedu smbil berkata dalm ati mana duit aku

ko memang panjang,pandai ko mnipu kitorang kan,haha..masa kitorang balik petang tu,ko amik kesempatan gali balik tmpat kitorang tnm syiling..ko memang hampeh.. wat penat aku tanam je..

0 pengomen: