AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Thursday, November 4, 2010

kerana ayah tahu

dulu2 mak kata aku suka sangat dengan bola sepak..dan menurut emak lagi.aku mula tahu membaca sekitar umo 5 tahun, ia adalah di sebabkan kerana minat aku akn bolasepak..dan apabila ayah membeli surat kabar, muka surat yang memaparkan berita tentang sukan akn di berikan pada aku...kerana ayah tahu itu minat aku...

aku mula belajar mngaji dan solat ketika belum lagi menjejak kaki ke sekolah rendah..ayah amat marah jika kami lalai dan meninggalkan solat..kerana ayah tahu agama sahajalah yang mmpu mnjadikan kami manusia..

aku masih ingat lagi, apabila aku bersekolah rendah, matematik aku hancur..ayah pernah memaksa aku untuk menghafal sifir..dan aku akui, sifir dua dan 5 beserta sepuloh la yang paling mudah aku hafal..sifir 3, mahupun 7 mampu membuat ayah meradang jika dia menyuruh aku huraikan..segar lagi dalam fikiran, ayah menghadiahkan aku dan noni sebuah sempoa..kerana ayah tahu kami akan berjaya jika ada alatan yang boleh membantu kami dalam mngingat sifir..

jika ayah dapat gaji, ayah selalu membeli ayam mentah dan ikan tongkol..itu kegemaran kami adk beradik.. dan kadang2 ayah suka membeli sate..walau hakikat ayah selalu mngikat perut ketika bekerja..jika lapar di tempat kerja, ayah akan makan bekalan yang di masak oleh emak..kerana ayah tahu, dia bekerja untuk mmberi sesuap nasi untuk keluarga

masuk ke sekolah menengah aku mula mnjadi nakal..ayah semakin pening kepala, marah ayah sudah seperti makanan bagi aku..namun setiap kali ayah marah tidak pula diselangi dengan kata2 makian juga cacian, tetapi terselit dengan kata2 nasihat..kerana ayah tahu setiap perkataan yang keluar adalah doa..

aku mula merokok ketika tingkatan 3, dan masih segar ketika bulan ramadhan selepas SPM, aku menghisap rokok dan ayah lalu smbil menjeling sambil tersenyum..pantas aku membuang rokok yang baru aku cucuh, smbil menahan asap didalam mulut..ayah tidak marah, kerana ayah tahu aku sudah besar dan mmpu berpikir mana yang baik dan mana yang buruk..syukur kepada Allah, aku bebas dari nikotin kini..

aku bekerja sebagai mekanik setelah tamat IKM..selama setahun sebelum tawaran unikl smpai..ayah menasihatkan aku supaya mnyambung pelajaran..kerana ayah tahu hanya pelajaran yang mmpu mnjamin masa depan..

19/11/2010 ayah berumur 56 tahun..terlalu bnyak pngorbanan ayah bagi pada kami..aku sebagai anak sulung mewakili adik2 yang lain memohon kepada Allah semoga ayah sentiasa sihat dan hidup dalam rahmat Allah..ayah pasti berbangga dengan kami, kerana ayah tahu kami sayang akan ayah...........


0 pengomen: