AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Wednesday, August 10, 2011

belasungkawa buat nenek

9 ramadan 1432 hijrah...


agak lama nenek sakit..kesan dari nenek jatuh ketika mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh sepuluh tahun yang lalu..nenek hanya terlantar selepas kejadian itu, hidupnya di habiskan di atas katil..masih terngiang2 di dalam kepala, seakan2 berputar didalam minda kata2 nenek pada tiap2 Ramadan yang datang pada 10 tahun yang lepas...berulang kali kata syukur terlahir dari bibir mngatakan Allah masih sayang kepadanya dengan memberi peluang untuk dia menikmati bulan penuh barakah ini...kadang2 terbit rasa malu kerana dia tidak meninggalkan solat walau tidak sesihat aku..ahh, rasa apa yang bermain dalam jiwa ini..sayu ati..nenek yang menjaga aku sejak aku lahir sehingga aku menginjak ke alam remaja kini telah tiada..aku cuba menahan air mata dari tumpah..namun tidak la aku berupaya..sesekali sedu sedan menghambat juga..sukar sebenar untuk membuang segala kenangan..hanya Al-fatihah yang mampu aku sedekahkan...aku bersyukur dapat menunaikan solat jenazah sebnyak 2 kali..membaca Yassin disaat nenek sudah kaku di atas pembaringan...maha benar firman Allah..setiap yang hidup sudah pasti akan merasai mati...baru ku tahu, hidup selepas mati lebih lama dari hidup sebelum mati...semoga Allah merahmati roh nenek..dan semoga Allah menempatkan nenek di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah......

entah mengapa aku sebak sebegini...

0 pengomen: