AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Saturday, November 5, 2011

selamat hari raya aidil adha

aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha buat yang teristimewa cik ida.. geng2 srs, kawan2 di kayu ara, kawan2 di IKM..kawan2 di UniKL MFI..kawan2 proton Shah Alam..kawan2 di alam maya dan seluruh umat Islam di dunia...

Friday, August 12, 2011

sahabat lama

aku sedang enak berbaring ketika satu nombor yang agak janggal tiba2 muncul pada skrin...malas2 aku menjawab..rupanya sahabat lama yang aku rasa kali terakhir bertemu adalah ketika di tingkatan 5...agak panjang lebar juga kami berborak..bercerita kisah lama..bergelak ketawa di samping ada juga perasaan duka..dia masih seperti 11 tahun yang lalu, tiada segan meluah perasaan yang mendesah..dan aku mula dibuai rasa perasan seperti dr fadzilah kamsah..dan tiba2 terungkap satu kisah...membuat kan aku terus berdekah..dia memang boleh tahan alimnya..bekas pelajar aliran agama...teringat ketika bulan ramadan 2002..kerap juga kami satu dorm terlepas waktu sahur di dewan makan..dan ada fatwanya yang aku ikuti saat itu..selagi gelap xdehal nak makan...aku pukul 7 melantak megi kerana tiada lagi matahari..gampang jahil

Wednesday, August 10, 2011

belasungkawa buat nenek

9 ramadan 1432 hijrah...


agak lama nenek sakit..kesan dari nenek jatuh ketika mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh sepuluh tahun yang lalu..nenek hanya terlantar selepas kejadian itu, hidupnya di habiskan di atas katil..masih terngiang2 di dalam kepala, seakan2 berputar didalam minda kata2 nenek pada tiap2 Ramadan yang datang pada 10 tahun yang lepas...berulang kali kata syukur terlahir dari bibir mngatakan Allah masih sayang kepadanya dengan memberi peluang untuk dia menikmati bulan penuh barakah ini...kadang2 terbit rasa malu kerana dia tidak meninggalkan solat walau tidak sesihat aku..ahh, rasa apa yang bermain dalam jiwa ini..sayu ati..nenek yang menjaga aku sejak aku lahir sehingga aku menginjak ke alam remaja kini telah tiada..aku cuba menahan air mata dari tumpah..namun tidak la aku berupaya..sesekali sedu sedan menghambat juga..sukar sebenar untuk membuang segala kenangan..hanya Al-fatihah yang mampu aku sedekahkan...aku bersyukur dapat menunaikan solat jenazah sebnyak 2 kali..membaca Yassin disaat nenek sudah kaku di atas pembaringan...maha benar firman Allah..setiap yang hidup sudah pasti akan merasai mati...baru ku tahu, hidup selepas mati lebih lama dari hidup sebelum mati...semoga Allah merahmati roh nenek..dan semoga Allah menempatkan nenek di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah......

entah mengapa aku sebak sebegini...

Sunday, August 7, 2011

aku, 7e, anak dan ibu yang marah2

aku sampai ke penghujung shah alam agak lewat..di saat tekak amat mendesak supaya di beri akan titisan cecair..henpon aku juga merayu2 agar topup di isi agar mudah msg dari nokia sampai ke sony eriksen cik tunang..aku berpusing ke sekitar kawasan perumahan untuk mencari kedai runcit dan ternyata tokey kedai lebih gemar bermesra dengan bini di rumah dari mngaut keuntungan duniawi di tengah malam...aku halakan hendel motor jauh dari kawsan perumahan..dalam jiwa tersemat satu perkataan 7e...dengan perlahan aku memandu tanpa ada perasaan takut mat lampir muncul kerana aku yakin 'mereka' telah diikat sempena Ramadan ini..aku turun dengan perlahan dari motorsikal..dengan ego tanpa membuka helmet aku terus masuk kedalam sambil disambut bunyian selamat datang..sekilas aku menjeling garang ke arah cashier dan aku dengan kelajuan tinggi berjalan menuju ke bahagian air..soya cap drinho aku capai tanpa melihat harga...setakat 1.60 untuk tekak apa barang nak berkira..di kaunter aku terlihat 3 beranak yang tampak gelisah...si ibu mendukung bayi yang aku kira dalam umo satu tahun kelihatan mundar mandir..seorang lagi anak mengikut deria kinestesia aku, dalam lingkungan 9 tahun pula bagai belangkas..sentiasa membontoti ibunya tanpa jemu..aku dengar si ibu marah2 mnyuruh si anak masuk kedalam kereta yang ada di luar...si ibu mencapai roti buatan amerika dan meletakkan di atas meja cashier tanpa menguntumkan senyum...sambil mendukung bayinya, dia berjalan laju ketepi dan mencampakkan sesuatu ke arah cashier..dan si anak yang kelihatan terpinga2 bertanya "apa tu mak"...aku lihat si anak pantas ke kaunter lantas memegang barangan yang di campak oleh ibu..kemarahan ibu aku lihat terpapar jelas dari riak air mukanya..tanpa belas si ibu menarik tngan si anak dan menyerahkan bayi dari dukungannya dan satu arahan jelas di keluarkan supaya si anak membawa adiknya masuk kedalam kereta...melihat situasi kelam kabut..aku dengan pantas memotong q untuk membayar air soya sambil meminta si cashier mengeluarkan resit topup dari mesin ajaib..melalui ekor mata aku lihat barangan misteri di atas meja tanpa ada perasaan.....

aku keluar dari 7e dan menoleh kedalam kereta..si anak yang dimarahi ibu duduk di belakang bersama si adik..dan si ayah kelihatan meletakkan tangan di atas dahi..tahu malam ini perlu bekerja dan mungkin tidak sabar hendak makan roti buatan amerika serta mengguna pakai 'barang campak' yang juga aku kira buatan amerika...aku menggeleng manja.....

Sunday, March 27, 2011

subuh itu

Aku membuka kepala paip dengan penuh berhemah..dengan perlahan aku berkumur2 untuk membuang ubat gigi yang masih tersisa di dalam ruangan mulut..setelah aku pasti yang gigi dan mulut sudah tercuci,dengan rendah hati aku mengangkat air wudhuk..ahh, sejuk sehingga mencengkam ke tulang sum-sum..di mulai dengan tangan dan secara tertibnya berakhir di kaki..syukur pada Allah..aku mengangkat tangan lantas berdoa selepas tamat mengambil wudhuk..

Perlahan aku menuju ke bilik..seragam untuk menunaikan fardhu subuh telah siap terpakai..aku iqamat..aku menetapkan hati, aku berdiri betul,aku berniat dan akhirnya aku mengangkat takbir dengan penuh emosi..aku membaca Al-fatihah dengan cermat..jiwa aku kosongkan bagi mendapatkan kekusyukkan bersolat..”faiz, owh faiz” suara zam sayup terdengar..kosentrasi aku mula terganggu..”oi faiz, ari nak cerah” zam berkata-kata lagi..dan aku merasakan kata2 itu tidak lagi sayup2 tapi semakin hampir..aku berani kompom, kekusyukkan aku telah terganggu..”faiz, ko dah semayang ke” nyaring pula kata2 zam menembusi kotak pendengaran aku..ati aku menjadi geram..kekusyukkan yang di cari makin jauh pergi..dan pintu aku dengar di tutup kuat..

Aku beristighfar..jam aku tenung..7.45 pagi.. cilakak subuh gajah lagi..sejak bila syaitan boleh mendatangkan mimpi aku melakukan solat subuh..gampang

Wednesday, March 9, 2011

lupa diri

dua bulan yang lalu aku rasa sekor semut pun xde yang masuk dalam rongga mulut aku..kepala ikan pun jarang2 aku jamah..maria ozawa pun aku dah x layan..apa lagi cter2 mesum..dan arini hasil amalan makan kurma di cicah dengan madu asli tanjung tualang ingatan aku kembali pulih..apa celaka leh lupa password blog sendiri..damn..

Tuesday, January 4, 2011

baik buruk

aku masih teringat bila cik ida menerangkan tentang iluminiti..bersungguh cik ida memahamkan otak benak aku dengan gerakan freemason..ajaran sesat yang menular di malaysia turut dia cuba kongsikan dengan aku..dia menerangkan tentang ajaran qadiani..ye, aku mndengar..lebih kepada mndengar tapi tidak menghayati..panjang lebar ia menerangkan..dari a sehingga z..dan aku hanya paham sehingga b gagal menemui c ,d,e,f sehingga z...

aku suka akan sami yusuf, walau maher zain aku akui lebih ramai fans nye..mungkin kerana maher zain bersuara merdu dan sami yusuf agak sedikit mendayu..dan aku tahu peminat2 safee sali atau khairul fahmi lebih ramai memuja maher zain dari sami yusuf..bagi aku tidak salah meminati mereka berdua..jngan dilupa pada hijjaz,rabbani mahupun raihan..mereka juga adalah pnyumbang dalam kerja2 dakwah di malaysia..


konsep iluminiti atau gerakan freemason mula menjajah pemikiran aku buat seketika apabila selesai menonton 50 episod the arrival karya noreagaa dan archernarh..kesimpulan yang dapat aku buat melalui video tersebut ialah bentuk piramid di samping mata satu mewakili satu kuasa jahat yang di kenali sebagai dajal..

jika ada yang terbuai dengan mengkaji konsep iluminiti, aku kompomkan mereka ini akan mngatakan maher zain dan sami yusof terbabit dalam gerakan memuja dajal..ini kerana syarikat yang menerbitkan album mereka awakening record berlambangkan piramid..walau kini sami yusuf telah bertukar syarikat rakaman tetapi beliau dahulu pernah bekerjasama dengan awakening record...

sepatutnya kita berbangga..muzik dakwah yang mereka bawa mmpu menebusi pasaran antarabangsa..dan bukan mengkaji benarkah mereka terlibat dalam gerakan iluminiti..

p/s: ada mngatakan sami yusuf syiah dan maher zain sunni..