AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Saturday, November 5, 2011

selamat hari raya aidil adha

aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha buat yang teristimewa cik ida.. geng2 srs, kawan2 di kayu ara, kawan2 di IKM..kawan2 di UniKL MFI..kawan2 proton Shah Alam..kawan2 di alam maya dan seluruh umat Islam di dunia...

Friday, August 12, 2011

sahabat lama

aku sedang enak berbaring ketika satu nombor yang agak janggal tiba2 muncul pada skrin...malas2 aku menjawab..rupanya sahabat lama yang aku rasa kali terakhir bertemu adalah ketika di tingkatan 5...agak panjang lebar juga kami berborak..bercerita kisah lama..bergelak ketawa di samping ada juga perasaan duka..dia masih seperti 11 tahun yang lalu, tiada segan meluah perasaan yang mendesah..dan aku mula dibuai rasa perasan seperti dr fadzilah kamsah..dan tiba2 terungkap satu kisah...membuat kan aku terus berdekah..dia memang boleh tahan alimnya..bekas pelajar aliran agama...teringat ketika bulan ramadan 2002..kerap juga kami satu dorm terlepas waktu sahur di dewan makan..dan ada fatwanya yang aku ikuti saat itu..selagi gelap xdehal nak makan...aku pukul 7 melantak megi kerana tiada lagi matahari..gampang jahil

Wednesday, August 10, 2011

belasungkawa buat nenek

9 ramadan 1432 hijrah...


agak lama nenek sakit..kesan dari nenek jatuh ketika mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh sepuluh tahun yang lalu..nenek hanya terlantar selepas kejadian itu, hidupnya di habiskan di atas katil..masih terngiang2 di dalam kepala, seakan2 berputar didalam minda kata2 nenek pada tiap2 Ramadan yang datang pada 10 tahun yang lepas...berulang kali kata syukur terlahir dari bibir mngatakan Allah masih sayang kepadanya dengan memberi peluang untuk dia menikmati bulan penuh barakah ini...kadang2 terbit rasa malu kerana dia tidak meninggalkan solat walau tidak sesihat aku..ahh, rasa apa yang bermain dalam jiwa ini..sayu ati..nenek yang menjaga aku sejak aku lahir sehingga aku menginjak ke alam remaja kini telah tiada..aku cuba menahan air mata dari tumpah..namun tidak la aku berupaya..sesekali sedu sedan menghambat juga..sukar sebenar untuk membuang segala kenangan..hanya Al-fatihah yang mampu aku sedekahkan...aku bersyukur dapat menunaikan solat jenazah sebnyak 2 kali..membaca Yassin disaat nenek sudah kaku di atas pembaringan...maha benar firman Allah..setiap yang hidup sudah pasti akan merasai mati...baru ku tahu, hidup selepas mati lebih lama dari hidup sebelum mati...semoga Allah merahmati roh nenek..dan semoga Allah menempatkan nenek di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah......

entah mengapa aku sebak sebegini...