AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Wednesday, September 30, 2009

tentang calar

kota kemuning 30 september 2009

aku mahu pulang ketika itu..jalan agak lengang..aku membawa kriss cabuk aku dengan penuh berhemah..smbil menunggang aku menyanyikan lagu2 raya..lagu cahaya aidilfitri versi dangdut meniti di bibir aku..aku menukar laluan motor cabuk aku ke laluan motor...serentak dengan itu aku menukar lagu dengan menyanyikan lagu raya dari sanisah huri..semangat raya beb..belum sempat aku menghabiskan lagu raya tiba2 sebuah motor muncul dari arah bertentangan..aku tidak dapat berbuat apa2..akhirnya buat kali pertama aku bertembung..aku bertembung dengan sang bangang yang cuba melarikan diri dari road block..aku terjatuh seperti nangka busuk.tidak sampai seminit aku terasa ada tubuh meghempap aku..rupa2nya seorang pak cik yang mengekori blakang aku juga tidak sempat membrek..kriss cabuk aku bercalar..tangan aku bercalar..ati aku tercalar..mulut aku lancar memberikan sepatah dua kata2 carutan kepada sang bangang yang mlarikan diri..

fakta
1)aku eksiden wat kali pertama
2)aku mnyambung mnyanyikan lagu sanisah huri dalam perjalanan pulang



Tuesday, September 15, 2009

Subhanallah




masih ingat x korang tentang kata2 imam ghazali mengenai malam lailatul qadr seperti yang aku postingkan tempohari kat sini..hari ni kuar kat kosmo tentang sejadah seolah2 sedang duduk diantara 2 sujud..kejadian ini berlaku pada 23 ramadhan..kisah lanjut baca di sini



Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. (1)
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2)
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,(3)
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (4)
- surah al-ikkhlas (ayat 1 - 4)-




Monday, September 14, 2009

2012 dan bencana besar

pagi tadi aku ada dapat msg dari seorang rakan yang send aku satu artikel..kat bawah aku pastekan artikel yang dia bg kat aku....



Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari
jumaat,jadi
3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan
hadis
nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam
pertengahan
bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,
pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan
kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas
muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika
dok bagitau pada
21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni
tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw.
bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara
di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau
menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at,
akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang
yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada
malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah
melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam
rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan
selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan
adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan
ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami
Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi
barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


kata aku

kita kadang2 terlalu memepercayai sesuatu tanpa mengkaji terlebih dahulu..kadang2 kita senang2 je kata itu hadis dari Rasulullah..hadis sahih dari rasulullah yang bermaksud
“Siapa yang berdusta tentang aku secara sengaja, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di neraka”. (HR Muttafaqun ‘alaihi)..jadi sebelum mnyebarkan sesuatu perkara hendaklah kita mngkaji dengan terlebh dahulu duduk berdiri sesuatu perkara itu..jawapan kepada permasalahan ini boleh baca disini tau

Sunday, September 13, 2009

antara rekoder dan cerita seram yang tiada penamat

semalam malam ke 23 di dalam bulan ramadhan..ramai yang dah mula membuat kuih raya aku rasa..mber sealam maya aku saudari mawar pun tgah sibuk duk wat sarang semut..lama x jumpa kuih tu mawar,terkejut lak dengar mawar tgah buat..memang orang lama la mawar ni,haha..berbalik dengan malam ramadhan,mcm biasa aku menunaikan solat sunat trawikh kat msjid mujahideen damansara..beru je aku nak cucuh rokok dunhil feveret aku,aku disapa oleh seseorang yang aku pernah kenal..dia cikgu muzik aku masa di skolah rendah dmansara jaya (2) dulu,cikgu khairul anwar..niat murni aku nak mencucuh rokok aku pendamkan,oleh kerana aku hormat dia sebgai seorang guru yang pernah memberi aku ilmu..selepas bersalam dan bertya kabar dia msuk kedalam masjid..aku lak mahu mnjalankan aktiviti sumbang aku yang tadi tertangguh..azan berkumandang,aku bergegas masuk ke masjid,rokok tidak ku hisap,aku tangguhkan dulu..selesai solat isyak,aku solat terawikh berjemaah pula..tapi kepala aku duk asyik teringat kat cikgu khairul anwar..skrin kepala mula memainkan kisah lampau aku di saat imam mengalunkan bacaan ayat suci al quran..

s.r.k Damansara Jaya (2) tahun 1995

aku darjah 4 masa tu..dan sebagai pelajar tahun 4 aku diwajibkan amik subjek muzik..cikgu khairul la guru yang bertanggungjawab mngajar aku..cikgu khairul berasal dari perak,tanjung tualang adalah kampungnya..seorang yang agak kelakar dan kadang2 seorang yang agak tegas..oleh sebb tegasnye la,aku terpaksa mnyuruh ayah membeli rekoder..pada tahun ini la aku mengenal apa itu rekoder..sejenis alat muzik yang seakan-akan seruling,dan sampai skang aku x tau mcm mana nak main..





rekoder aku kaler putih susu kalu orang new york panggil pearl white..betul ke pearl white mawar??,jenama yamaha..dalam ati aku bertanya,apa kejadah belaja main rekorder,mana ada kelas..baik aku belaja seksafon..untung2 leh jadi kassim selamat,leh jumpa sabariah..leh jumpa nyonya mansur..erkk,nyonya mansur??xnak aku..kelas muzik aku dijalankan didalam sebuah kabin(kontena) di dalam kawasan sekolah..di situ aku diajar mngenal d major,d minor,g sharp dan mcm2 lagi la..dan aku lihat,ramai rakan2 seperjuangan aku menanam azam nak jadi ahli muzik terkenal..aku tidak terkecuali,malah pernah ingin mnjadi seorang komposer..rekoder aku dan rakan2 penuh dengan enzim amilase kami sendiri..kami terus meniup rekoder dan mengalunkan irama sumbang yang kami yakin amat merdu pada masa itu..selain mengajar ilmu muzik kepada anak2 muridnye..cikgu khairul gemar bercerita kisah seram yang mnimpa dirinya..aku msih ingat akan cerita2 itu,kerana ia sentiasa terbayang di kpala aku,dan mbuat aku takut untuk keluar malam hatta ke tandas di waktu malam..aku tidak tahu itu kisah benar atau tipu,tapi memang betul kisah itu yang diceritakan pada kami..aku tidak mnipu,tyalah sesapa yang pernah mnjadi budak darjah 4 di s.r.k dj(2) tahun 1995 dan belajar muzik dngan cikgu khairul..pasti mereka akan bercerita sama seperti apa yang aku nukilkan disini..dan jika ada tokok tambah,itu perkara biasa bg menyedapkan sesuatu cerita itu..hehe..ceritanye begini..versi asal adalah sebanyak 2 episod..dan cerita ini tidak sempat habis..kerana pihak skolah mlarang ckgu khairul dari meneruskan aktiviti mari berceritanya..kisah bermula semasa ada wayang pacak di bndar..masa itu beliau pergi ke bndar untuk menonton bersama dengan abngnye..dalm perjalanan pergi tiada masalh..semasa hendak pulang,baru lah kisah ini bermula.."abng ckgu mngajak untuk pulang"kata cikgu khairul..aku mula meneguk air liur..rekoder aku genggam kemas..budak2 perempuan mula berpeluk2..'semasa hendak pulang cikgu akan melalui satu pokok tualang..tiba2 abng cikgu memecut laju apabila menghampiri pokok tualang itu..cikgu takut,lalu turut memecut..sampai betul2 dihadapan pokok tualang,tiba2 rantai basikal cikgu tercabut dari spoket"..semangat keperwiraan aku mula tercabar..semakin laju aku meneguk air liur..unsur2 saspen telah mula menjalar..cikgu khairul mnyambung lagi.."cikgu berhenti betul2 dihadapan pokok tualang tersebut..di malam yang kelam itu,cahaya bulan turut tidak kelihatan,cikgu meraba2 mencari rantai basikal..tiba2 cikgu terdengar bunyi tapak kaki..perlahan2 dan semakin lama semakin kuat..cikgu mncari dari mana arah datangnye bunyi tersebut..dan tiba2 cikgu terpandang kaki tanpa badan..hanya kaki..berlumuran darah"..kontena mula hingar dengan jeritan..cerita diberhentikan..mggu selepas itu cerita disambung.."cikgu mula melangkah setapak kebelakang..kaki itu menapak kedepan..cikgu ketakutan,macm2 bacaan doa dan ayat2 suci al-quran cikgu baca..ckgu mlangkah lagi setapak..kaki itu turut melangkah setapak...dengan kekuatan yang ada,cikgu berlari"..aku terus menumpukan perhatian..jeritan plajar pmpuan aku tidak hiraukan.."cikgu berlari dan terus berlari..dan dapat merasakan kaki itu terus mngikut cikgu..tiba2 cikgu terlanggar akar pokok..cikgu terjatuh..malam makin sunyi..bunyi tapak kaki sudah tiada..hanya bunyi unggas yang kedengaran".cikgu khairul menambah lagi.."ckgu dapati rupa2nya cikgu terjatuh di hadapan pokok tualang,cikgu berasa hairan..bukankah tadi cikgu sudah lari jauh dari pokok tualang tersebut..cikgu mahu bangkit..tiba2 cikgu terlihat akan mata merah pada pokok tersebut..cikgu mnjadi tidak bermaya..dan tiba2 lidah keluar dari pokok itu"...pelajar pmpuan menjerit..cerita diberhentikan...

fakta..
1)kisah ini kisah benar yang diceritakan oleh cikgu khairul
2)mngikut perjanjian,jika pelajar menjerit,maka cerita akn diberhentikan
3)terdapat muzik latar dari keyboard yang dimainkan oleh cikgu khairul
4)aku x pandai main rekoder


Thursday, September 10, 2009

tazkirah sikit - mencari malam Lailatul-Qadr

aku rasa semua orang tahu akan malm lailatul qadar ni,x kira tua atau muda,selagi dalam ic ada tulis beragama islam sudah pasti kita akn tahu atau pernah dengar akan malam lailatul qadar ini

Allah berfirman dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan (1)
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3)
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4)
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar (5)

alangkah ruginye jika kita mensia-siakan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita pada bulan Ramadhan ini,di saat kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa,wajar la kita mencari keredhaanNya pada bulan Ramadhan ini..berbalik pada malm lailatul qadr ini,aku ada terdengar akan kata2 Uztaz zamri dalam rancangan tanyalah uztaz pada pagi,kata uztaz zamri yang amat menarik perhatian aku ialah..mngikut kata Imam Ghazali (pngalaman sendiri Imam Ghazali) dalm kitab Ihya Ulumiddin, jika puasa jatuh pada hari sabtu,maka malam lailatul qadr jatuh pada malm 23 ramadhan,jika jatuh hari selasa dan jumaat,maka malam lailatul qadr ialah dimalam 27 ramdhan. dan jika khamis ialah hari kita mula2 berpuasa,maka malam 25 adalah malam lailatul qadr..dan sesungguhnya kita di Malaysia mula berpuasa pada hari sabtu..Wallahualam..sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui..aku teringat akan msg2 nakal yang telah di hntar oleh rakan2 aku dahulu yang berbunyi "carilah malam Lailatul Qadr disepuluh malam terakhir ramadhan,janganlah mncari lailatul nasi kandar di awal pagi ramadhan"

Tuesday, September 8, 2009

muslim dan teh bohnye

muhammad muslim bin samsuddin,rakan baik aku dari sarawak..berasal dari kuching dan berumur kurang setahun dari aku..amik diploma di unikl mfi dalm bidang yang sama ngan aku,bermula dari bawah dengan mengambil sijil di ikm kuching dalm bidang automotif..kini melanjutkan plajaran di peringkat ijazah dalm bidang automotif..kisah ini terjadi pada ramadan tahun 2007..petang tu turn aku,ayie ngan muslim masak,jadi muslim ditugaskan membeli barang..dengan rasa penuh tanggungjawab aku pun mnawarkan diri untuk folo muslim,tu pun setelah muslim menerangkan nak g ke kedai desanika untuk membeli barang yang dipesan ayie..di depan kedai desanika tu pasar ramadan,so aku leh la mencuci mata melihat gadis2..pasar ramadan di seksyen 1 di bngi adalah yang paling meriah bg aku..di sini berkumpulnye gadis2 cantik dan terpelajar dari seluruh msia,sesuai dengan nama bangi bandar ilmu..bg lelaki bujang yang nak cari calon isteri,bngi la aku cadangkan tempat untuk mncari kekasih atau isteri..kalu tidak mahu yang belajar,minah2 kilang pun ada..cuma jngan tersalh pilih,takut tersalah pilih minah2 indonesia..berbalik pada muslim tadi,setelah aku parking moto di shell seksyen 1,kami pun memilih untuk berpecah,aku mahu berjaln-jaln di pasar ramadan,manakala muslim mahu terus ke desanika,aku mngingatkan muslim agar msg aku bila dia hendak pulang..dn bjanji untuk bjumpa di tempt parking moto ini..aku pun tanpa melengahkan masa,terus berjalan smbil mata melilau melihat awek2..smbil hidung aku membau pelbagai jenis juadah..tiba2 enset aku berbunyi,msg dari muslim..ades xkan nak balik dah,aku blum habis tawaf lagi pasar ramadan ni..msg tersebut lebih kurang berbunyi mcm ni "is,tea boh nak yang uncang ke serbuk"..aku plak dengan xtau apa mbalas "ayie suh beli serbuk ke uncang?,kalu dia xsebut ko beli je la uncang"..selepas itu aku mneruskan aktiviti menawaf pasar ramadan itu..xsmpi 5 minit enset aku berbunyi lagi "weh,cepat sikit,nak balik dah ni"..aku yang membaca msg muslim tersebut berjalan laju dan sesekali berlari anak seperti mlakukan saie.....sesampai je disana aku terus start moto dn kami pun pulang...smpai ke rumah aku terus lepak didepan smbil menonton jejak rasul,muslim pula terus ke dapur..aku terpinga2 bila ayie membebel..aku suh ko beli cili boh,bukan teh boh..sambil tersengih2 muslim keluar semula seorang diri untuk membeli cili boh.....sambil diiringi sindiran ayie,ko ingat nak masak ayam smbal pakai teh boh ke..

mana duit aku

tadi lepas solat terawikh,aku bjumpa ngan rakn masa kecik2 dulu yang aku panggil panjang,nama sebenar dia azrul aminur rashid bin khosim..agak lama aku tdk berjumpa ngan dia..setelah bertukar2 kabar dn bertukar2 rokok..kami bersembang dan terus bersembng sehingga bab tanm duit..tergelak besar aku tringat akan kisah kejahilan aku ini

sekolah rendah agama kg.sungai kayu ara tahun 1993

setelah penat bermain polis sentri aku dan rakan2 lepak kat bawah pokok dekat bngsal basikal...sambil bersembng2 hal kanak2 seperti cerita gaban,ultraman dn sebagainya..tiba2 panjng mngatakan yang dia pernah tanam duit seposen dan apabila digali keesokannya duit itu telah mnjadi 20 sen..panjang katakan lagi yang tanah di skolah agama ni ajaib..budak2 yang mndengr cerita itu berasa teruja,aku lagi la..dalm kpala aku berazam nak tanam duit syiling singgit aku..aku brtya kat panjang samaada kena ada baca jmpi atau x..panjang kata xyah jmpi2,cuma tanam dikawasan skolah agama ni dan tndakan dengan lidi....kami berazam untuk tanam wang syiling masing2 dn mnandakan tmpat masing2..setelah selesai mnanda dengan lidi yang kami ambil dari dalm kelas,kami pun masuk ke kelas dngan perasaan bercmpur baur..dalam ati aku,jika berjaya akan aku tanam lagi duit belanja pmberian ayah pada keesokan hari..kalu aku tanam singgit leh jadi 2 ringgit,bnyak la jajan leh aku beli..rehat itu aku hnya mnelan air liur..bukn aku saja,rakan2 aku yang turut sama menanm syiling mereka turut berpuasa sunat 20 minit pada waktu rehat itu..dalm ati aku berkata xpe,esok aku kaya..keesokan hari aku datng awal kesekolah..aku tgok toman dah mgali balik tmpat dia sorokkan duit syilingnye..aku x endahkan langsung toman,aku bergegas mngali tempat yang telah aku tndakan...aku mgali sampai locng berbunyi, aku dapati duit aku telah hilang........aku terkedu smbil berkata dalm ati mana duit aku

ko memang panjang,pandai ko mnipu kitorang kan,haha..masa kitorang balik petang tu,ko amik kesempatan gali balik tmpat kitorang tnm syiling..ko memang hampeh.. wat penat aku tanam je..

Monday, September 7, 2009

oh ramadhan

bila masuk je buln ramadhan,aku mnjadi sayu,Allah terlalu mnyayangi aku,Allah mash mmberi aku pluang untuk memohon keampunan darinya..manusia mana yang x buat silap. hatta orang lepasan pondok pun buat silap,orang ada master dalm agama lagi la..uztaz2 pun sama pnh wat salah.. inikn plak orang macm aku ni...jadi mari lah kita amik iktibar dan bermuhasabah diri di dalam bulan yang penuh keberkatan ini..teringat masa kecik2,time bulan pose bila time petang masa mak aku tgah memasak bila kurang barang aku la yang nak kena g runner beli..kedai mak siti la tmpat aku beli keperluan..owner kedai itu bukn la bnma mak siti malah dia tdk mmpunyai anak bnama siti,bukn juga kerana ketaksuban dia dengan siti nurhaliza yang mmbuatkan aku memanggilnya mak siti..tetapi di kedainya bnyak dilekatkan sticker rempah kari cap mak siti..bulan pose la time paling terbaik tgok awek2 kg kuar bersolat tarawikh..sempat juga geng2 aku main mata ngan awek2 ni..bukan senang beb nak tgok awek2 kuar malam masa tu..terbaik dari ladang je yang g semayang trawikh ni..ye r umur belasan tahun pada thun 90 an tak sama ngan budak belasan mcm skang ni..dulu kad raya memang fenomena..mesti beli r,dapat kad raya je diri ni rasa berbunga2..rasa mcm dapat perhatian,nak2 kalu awek yang bg..siap gantung..kalu dapat yang ada lagu2 lagi r rasa mcm 'king'..kad raya bukn diberi oleh posmen,tapi byhand leh orang suruhan masing2(kalu nak bg awek la)..konon2 segan nak bg direct..cheett..aku dulu kalu time sekolah,pose pun aktiviti polis sentri tetap dijalankan..polis tetap mngejar pencuri dan aku lbh suka mnjadi pncuri,aku suka dikejar dari mngejar...penat dikejar kami minum air paip blakang kantin,nak beli air kat kantin malu..msh ada malu kalu x pose padhal apa nak kisah umo baru 9 tahun...blik sekolah buat muka monyok..konon2 pose penuh..padahal dah mlantak air paip setengah liter..kalu bgtau x pose alamat kena kuarantin kat depan la..kat dapur orang pose je leh duduk..xdapat la aku minum air oren sejuk..xdapat la aku duduk ngan geng2 yang pose..dn paling sadis apabila geng2 pose duk mngutuk aku xpose..apa daaa, dah pose sehari pun nak mgata aku ke....

sifat2 seekor babi


ada seorang ilmuwan bertanya kepada ulama :
Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg bersih ini akan menjadi halal ?

Ulama menjawab:
Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg sangat diharamkan untuk umat Islam mengikutinya.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama menjawab :
Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Dan..,Satu kandang lagi anda isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina.

Soalannya ! Apakah yang akan terjadi pada masing2nya dikandang tersebut? dapatkah anda menekanya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama menjawab :

Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebut 1 ekor ayam betina, dan disitu ada yg menang dan kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Di kandang babi ?

Ulama menjawab : Ini yg menarik. Di kandang ini, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk berebut babi betina tersebut malahan menyetubuhinya secara beramai2 babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua2 ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina.

Hal inilah yg jelas bertentangan dengan fitrah umat manusia. Bila umat Islam terikut memakan babi maka ditakuti umat Islam akan mempunyai sifat dan kerekter serupa seperti babi ini

Maka kepada mereka-mereka yang gemar melakukan hubungan seks secara beramai-ramai sebagaimana yg dapat dilihat di internet ini, sesungguhnya perbuatan itu memang menyerupai sifat babi. Adakah anda kagum dengan babi ?