AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, September 19, 2010

arial tv

8 syawal 1431 hijrah..10.30 pagi

lagu raya DJ Dave aku nyanyikan secara sumbang smbil melangkah secara riang kedalam mydin mart kota kemuning...secara tergesa2 tapi dengan hayunan gerak badan yang macho aku masuk ke ruang elektronik dan segera mencari arial jenama XMA-850..dengan kotak yang sendat lagi seksi berwarna merah ati, air liur aku mula meleleh..halkum aku turun naik laju..dada x usah sebut,memang kencang berdegup..iman aku mula goyah bila terbaca akan 360 rotation..ini yang aku cari desis hati aku..dengan lagak macho sambil mengepit kotak di celah ketiak aku mula berjalan ke arah kaunter...air peluh ketiak yang menitis syahdu ke kotak tidak aku hairankan..dengan muka berlagak xnak kalah, gadis cashier menyambut kehadiran aku tanpa secarit senyuman..32.60 terpampang jelas di mata..dengan penuh lemah lembut,aku mngeluarkan rm 50.."masih ada bau2an bank rupanya duit ni" aku berbisik megah didalam ati..dan apabila wang baki telah beralih tangan, aku secara kasar terus berlalu tanpa ada perasaan mahu meminta nombor telepon atau sengaja mahu bertanya pukul berapa waktu itu..

kg sg kayu ara..2.30 petang

aku terus duduk secara bersila lagak gaya seperti pahlawan..layout arial aku tenung tajam..aku rasakan agak mudah untuk menginstall arial..sambil mngunyah tat nenas dengan tangan sebelah kanan,dan memasang arial mngunakan tangan kiri..aku berjaya juga mnyudahkan kerja pemasangan tanpa ada proses pemeluhan..setelah meneguk sirap barang sejag dua..aku mula mnjalankan misi meletakkan arial di atas bumbung.......langkah pertama arial lama aku potong dan kerat tanpa ada perasaan belas wayarnya..seterusnya aku campakkan arial lama secara membuta tuli ke bawah sambil meludah tanpa ada hemah..tidak sampai sejam proses tamat..dan aku membuka tv untuk menikmati rancangan raya...

nota jari:
memang cantik gambar tv kat umah aku..sekarang aku tgah2 bkira2 nak pasang astro..gampang