AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Friday, December 25, 2009

mas kahwin

oakland seremban,24 dec 2009

aku melepak ngan iqbal dan cik din sambil pekena air kenduri kat kedai makan..sambil berborak pasal student di kelas masing2..aku yang baru first time mngajar mula meminta petua bagaimana menghandle kelas dengan cara yang terbaik..rancak kami bersembang tentang bagaimana untuk mengauta para pelajar kami dengan lebih berkesan, datang encik noraini secara kilat duduk di meja kami sambil mebuat kecah tentang mas kahwin di selangor yang naik rm 300..aku yang mendengar berita ini mula berasa cuak..apa celaka naik mendadak..aku terpikir untuk berbincang dengan cik ida..aku berkira2 nak turunkan hantaran dalam rm 5 riban.. aku akan slow talk dan memujuk dengan cara halus lagi berkesan...

***********************************
malam tu aku sms cik ida laju2

aku: kau tau x mas kahwin kat selangor dah naik
cik ida: tau,naik rm300 kan
aku:tau gak ko ek tentang berita2 ni ek
cik ida:haha,apa pasal cerita pasal mas kahwin ni
aku:apa kata hantaran kita kurangkan,sebb mas kahwin pun dah naik
cik ida:bila masa lak naik??
aku:la tadi baru ko kata ko tau selangor naik harga mas kahwin
cik ida: bila masa taiping terletak dalm selangor

aku tepuk dahi sambil menyumpah diri

notajari
macm mana aku leh lupa makwe cute aku orang taiping,aku rupanya anak selangor..




Tuesday, December 22, 2009

kawan aku yang metal

bangi 2007

acap memang seorang yang brutal..mngikut kata acap,budak mlaka memang dari awal kelahiran telah disuntik semngat jebat dan taming sari ..jadi jiwa brutal lagi metal memang tertanam sejak azali didalm jiwa anak2 jati melaka...kalu engkorang keras kepala claim acap ni mat jiwang,memang engkorang nak mintak penerajang..mana ada kat pc lagu2 q-face..kalu ada pun hanya lagu2 metal..korang sebut je band metal apa..semua ada...race against the machine,metallica,black sabbath,led zappelin dah mcm menjadi zikir harian..engkorang jangan la suka2 hati nak mintak lagu wali band,sheila on 7 atau terklik lagu boboy..memang hamun la korang dapat..bg aku,semetal2 acap,dia dianugerahi wajah yang agak kacak..memang jika berjalan bersama acap aku terperasan para gadis akan memandang si acap dengan pandangan penuh ghairah dan selalunya di ikuti dengan titisan air liur kekaguman..tapi acap bukan seorang yang suka bercinta atau mmpunyai hubungan kapel2..dia mngatakan bahawa dia seorang lone ranger sejati..apa kejadah mat metal main awek,jatuh la standard....agak pantang di gelar jambu,kalu engkorang berasa kepala engkorang mampu menahan sekehan yang maha dasyat,engkorang dipersilakan la untuk menyebut acap jambu..apa pun bagi aku acap adalah seorang kawan yang memang bernama kawan..agak sukar sebenarnya untuk mencari kawan yang apabila susah,dia sendiri akan turut sama merasai susah..ko memang bes la weh..

nota jari
semakin lama semakin aku berasa keliru,samaada acap adalah seorang metal sejati atau tidak,kerana aku pernah mendengar lagu meraung dari kumpulan new boyz dipasang kuat diselangi dengan nyanyian sumbang dari tuan empunya pc,dan yang mmbuatkan aku bertambah pening,ada ke mat metal sejati layan sembilu kasih dan mnjadikan hero cerita tersebut sebagai idola..agak2 korang metal ke si acap ni..aku bersedia di lahabaukan..:p


Sunday, December 20, 2009

sempena maal hijrah



1 muharram 1431

aku agak terlewat mendengar cerita tentang megat acab a.k.a magskin yang kini sedang menuju ke jalan lurus setelah melalui liku2 jalan yang bengkok..tidak aku nafikan saat2 aku bergelumang di alam jahiliah aku amat memuja dan menghafal bait lirik lagu yang di bawa oleh kumpulan yang aku anggap pelopor skinhead di malaysia..lagu street of uptown merupakan blues bg aku ketika zaman aku masih berbaju putih dan berseluar hijau..uptown damansara merupakan tempat berkumpul...a.c.a.b atau
All Cops Are Bastard atau ada mngatakan ACAB itu ialah All Capatalist Are Bastard mengikut pemahaman pengikut2 setia mereka, agak gah pada awal 90 an ke awal alaf baru..walau apa pun maksud a.c.a.b atau nama panjangnya absolute chaotic asian band ia sebenarnya telah membuatkan palajar2 sekolah menengah di zaman aku menuntut ilmu mula membotakkan rambut dan mengkecikkan kaki seluar masing2..bagi aku fenomena skinhead di sekolah2 pada ketika itu mula membarah dan bernanah,sehingga ada para guru mula tidak mngambil port kepada pelajar yang berambut panjang melepasi bahu tetapi mngejar sang botak yang semakin bermaharajalela...baju berjenama fred perry atau kasut doc mat menjadi sasaran..bagi skingirl pula,kain sekolah dipakai diats buku lali,dan kain kelihatan tergantung atau senteng..aku bukan la seorang skinhead..tidak lah aku mempunyai sikap racist tidak tentu pasal dan memegang istilah malay power di dalam diri seperti yang diterapkan oleh para pengikut skinhead2 semalaysia..tapi agak ramai rakan2 aku yang terjebak dengan budaya skin head ini..sebut saja skin nazi,skin sharp atau trade skin,aku rasa tidak terkira yang menyertai..togak arak ibarat minum milo ais..gig dan riot telah menjadi darah daging..teringat pada senduk,yang menunjukkan pada aku mankind(jika tidak salah) atau bible bg pngikut skinhead yang mngatakan mereka tidak mngakui adanya tuhan..senduk kerap mngajak aku mnyertai kumpulan skinhead,tetapi aku lebih memuja aliran grunge..sehingga kini aku masih seorang yang tidak suka mnyikat rambut dan lebh suka kelihatan selekeh..aku menghafal tarikh kematian kurt cobain,dan sentiasa mendengar lagu2 nirvana,butterfinger mahupun silverchair...berbalik kepada megat,bg pengikut2 skinhead beliau adalah idola..lagu2 seperti street of uptown,racial hatred,orang timur atau semua lagu di dalam album eastern oi,orang timur mahupun skinhead 4 life telah menjadi ibarat zikir penenang bg jiwa skinhead..heboh juga cerita bahawa dia pernah dipukul gara2 memakai baju bertulis fuck M..ada yang mnyatakan m bermaksud mhthir iaitu pm ke 4 ngara kita,dan ada yang mngtakan m tersebut nabi kesayangan kita..cerita ini aku tidak pasti kesahihannya,kerana cuma mnjadi bualan mulut di kalangan pngikut skinhead..cuma aku agak bersyukur dia kini telah berubah..aku turut berdoa agar rakan2 aku dahulu yang terbabit dalm gejala skinhead ini turut sama ingin berubah..sempena maal hijrah,tidak salah kita berhijrah dari perkara tidak baik ke perkara yang lebih baik..

nota jari
aku pernah menganggap kurt cobain sebagai manusia paling agung dalam dunia dan pernah bercita2 mahu melawat seattle amerika yang di anggap sebagai pusat tertubuhnya aliran grunge..peace,love and empathy sering bermain dalm minda aku seiring dengan lukisan smiling face yang aku conteng di dalam buku2 latihan sekolah..aku rasa mcm celaka bila aku mengagungkan bnda yang aku rasakan dahulu terlalu istimewa tapi sebenarnya hampas..aku bersyukur kini aku sudah mula pandai menarik sejadah...