AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Friday, October 15, 2010

bila tangan berbicara kisah cinta

kg. banjir pekan 2005...

aku merenung bintang dilangit..mencuba untuk melihat zodiak..untung2 leh aku nmpak gemini, bertambah ganas kalu leh gabungkan bintang mnjadi zodiak taurus..enset 3310 aku halakan ke langit yang pekat...hajat di hati mahu mngambil gambar tahi bintang,walau realitinya nokia tidak mempakejkan penyertaan kamera untuk model 3310..aku menghembus nafas halus ke ruang udara..."kun pinjam enset ang sat" tepeng muncul tiba2.."ang nak buat apa?"aku berloghat utara.."nak bg ang awek" kata tepeng sambil tersenyum.."kalu ang bg spesis macm manja lagi aku terajang ang laju2"..aku mnyatakan kata2 amaran..apa ada hal..kredit free..

tgah malam keesokkannya..
bunyi msg msuk menerjah kedalam inbox diselang dengan getaran kecil..aku mula melihat dan membaca.."xtdo lg ka"..ayat yang terpampang di inbox aku.."tepeng awek ang msg aku ni"kata aku sambil mngunjukkan enset kepada tepeng.."ang layan la kun,untung2 leh jadi awek ang" tepeng mnyatakan hasrat murninya kepada aku..dan aku ingat lagi perkataan pertama yang aku balas adalah "saya bukan nizam,saya kawan nizam"...dan ayat itu memulakan langkahan pertama dalam membuka pintu ati ini menerima cinta..

tgah2 malam seterusnya
kami mula bercerita,bertanya pelbagai perkara,dari politik membawa kepada sejarah. . geografi,fesyen,kereta,gossip artis,namun masih tidak lagi melibatkan perasaan..dan ati terdetik untuk mncuba..merasai cinta dan dicinta..kalu dulu sebelum kenal cik ida msg aku taip ibarat bayi baru belajar merangkak,tapi setelah berkenalan,aku boleh menaip msg smbil menggaru badan dan paling rare sambil memejamkan mata..dan ayatan kali pertama untuk test market aku mulakan..dengan menalipon bg memastikan suara itu adalah suara perempuan asli atau lelaki bersuara perempuan..dan akhirnya memang benar perempuan...dan masih teringat kala tgah malam itu..kami sama2 menghadapi final exam..dia di poli aku di IKM..kata2 semngat saling di beri..dan aku mulakan langkah......."esok paper apa" aku mulakan mukadimah.."english" ringkas,padat lagi kental cik ida membalas.."xbaca ke" aku mula mngolah ayat.."tgah membaca r ni,awak x baca ke??" cik ida pntas mnjawab pertanyaan aku dan melontarkan soalan yang agak jitu.."saya tgah membaca r ni..bc msg awak,xpuas nk baca msg yg awak bg,kalu dapat tgok wajah awak lagi saya rasa xpuas,mesti ari2 nak tgok"..aku tersenyum puas sambil memuji diri yang pandai mngayat..agak lama baru lah enset aku berbunyi.."kalu mcm 2 peksa esok awak jawab la msg yang saya bg kat kertas jawapan ek,dan kepuasan sebenar bukan kerana tgok muka saya,tapi lulus berjaya dalam exam"..dan aku lntas terus membaca buku..


fakta:
1. aku x pandai nak tulis kisah jiwang
2.ini kisah benar aku...
3.cinta aku dan cik ida bermula dengan menaip..

Tuesday, October 5, 2010

entri ntah apa2

nuar tanya aku..ayam apa bertelur atas bukit..aku punya la pikir sampai berselirat kepala otak..rupa2nya jawapan dia ayam betina..gampang