AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Wednesday, October 28, 2009

master raja

bangi 2008..

aku terbaring lesu diatas toto..final projek yang aku jangkakn mudah, tidak semena2 menjadi sukar sehingga menyesakkan salur pernafasan aku..aku rasakan projek yang aku timang dan belai2 selama ini seakan2 ingin membuat taik dengan aku..3 biji stater motor telah berjaya aku tong sampahkan..berbelas2 jnis relay terbakar..x kira relay normaly open normally close,semua terkulai layu tak bermaya apabila berjumpa dengan projek yang aku cuba jayakan...tak usah nak kira wayar,jijik aku melihat wayar2 yang cuba untuk berjasa pada aku terbakar apabila cubaan memusingkan starter motor menjadi dua arah tidak berjaya...aku berguru dengan pelbagai sifu dari berbagai cabang jenis kejuruteraan..namun tidak juga mendapat keputusan positif..aku semakin hampa..terbayang di kepala perkataan repeat...malam itu master raja sekali lagi cuba untuk test akan feng shui nya pada pojek aku.."projek mu ni memang payah,xdok lagi orang leh wat starter motor pusing dua arah" kata master raja pada aku...aku cuma tersengih sumbing dan mngangguk2 seperti burung belatuk.."aku rasa pun aku tak leh nak tolong mu,sebb aku pun kena tgok keadaan feng shui budak2 UKM esok" terang master raja.."tapi xpe, kita tes"...aku lihat mulutnya terkumat kamit membaca mentera dari kitab tertinggi tahap dewa yang dituntut di kedai desanika.. smbil mngambil sedikit unsur logik master raja mnyambung wayar dari koil terus ke bateri..sambil aku terbaring lesu menghitung hari untuk membuat presentation.."mu jngn lupa komisyen aku nanti kalu berjaya" sempat master raja menyelitkan urusniaga di sebalik kekhusyukan membaca mentera..tiba2 master raja melonjak seakan2 kejang,seperti pendamping sudah menemui punca..aku terus memerhati..aku tidk keseorangan ketika keadaan ini,alfred dunhill sentiasa menyapot minda aku dengan segala kandungan nikotin dan tar...aku berdebar..'weh is,jadi' kata master raja..aku menjadi teruja.."jadi ke" aku bertanya.."jadi" sahut master raja ringkas.."jadi la ko repeat sem depan,sebab ko punya stater yang ni pun dah kong" kata master raja sambil tergelak2..aku mula membaca mantera,perkataan celaka aku baca sebnyak 44 kali dan aku tujukan kepada master raja si pakar feng shui..........






projek yang akhirnya menjadi...

Friday, October 23, 2009

mencari apam balik

Pekan pahang,tahun 2004

"kun jom folo aku g pantai selamat",ajak jamel pada aku ketika aku sedang khusyuk penuh tawaduk menghembus asap rokok ke atmosfera bumi....."watpe?ada bnda bes ke?" tanya aku agak ghairah..pantai selamat ibarat pusat membeli belah terkemuka sperti tesco untuk orang2 di Pekan pada ketika itu.."teman aku cari barang keperluan,pastu kita santap mata kita tgok awek2" jamel mula memasukkan jarum hasutan..."ok2,aku folo ko" aku memberi tindakbals refleksi yang pantas apabila mendengar perkataan awek..aku dengan penuh bersemangat mnyarung baju dan suar jeans lusuh yang aku beli di kedai bundle di mentiga..sambil berjalan kaki menuju ke pantai selamat dari rumah sewa,aku menyanyikan lagu inilah barisan kita dengan penuh semangat satu malaysia...sesampai sahaja di pantai selamat,jamel mula memilih barang2 yang ingin di beli..aku pula lebih senang menjadi pemerhati PBB..agak kurang awek pada malam itu..aku agak hampa..hajat untuk mencuci mata terhalang,namun aku gagahkan hati untuk tawaf di dalam pasaraya pantai selamat itu,walau kaki ini berasa seperti goyah untuk melangkah, tidak serancak semasa dalam perjalanan pergi..terasa sendu di hati...jamel telah menghilang, aku merayau tanpa hala sehinggalah enset N331o aku berbunyi..."weh kun,aku kat luar kat depan kedai jual cd" msg jamel aku baca..aku mula melangkah keluar.."ko beli apa mel",tanya aku sekadar berbasa basi.."xde apa,barang2 keperluan harian je,ada deodorant,bedak.sabun syampu dan macm2 lagi" terang jamel dengan panjang lebar..."jom r kita balik" ajak aku.."jap2 kun,aku belanja ko makan bnda tu nak",kata jamel pada aku.. bnda apa?tanya aku lagi.."tu" jamel mula memuncungkan bibir kearah sebuah gerai di sebelah kedai menjual cd.. "oo,bnda tu..apa nama ek",tya aku.."ntah aku xtau nama" kata jamel.."xpe2,aku g beli bak datang duit" pinta aku pada jamel..x sampai setapak aku berjalan,jamel berkata pada aku "weh kun,nama dia apam balik amerika"..aku mngangguk sambil mngangkat ibu jari tngan kepada jamel..."kak apam balik amerika 2 kak" kata aku agak bergaya.."apam balik amerika??xpernah dengar pun" kata awek pnjual..hati aku panas.."ni la kak,xkan jual pun x tau" kata aku dalam ati.."yang ni kak,saya nak dua",aku mnunjuk kearah bnda itu..oo,yang ni nama dia wafer lagipun kat amerika xde apam balik dik" sindir awek pnjual..selang 6 tapak dari aku,jamel tergelak2..aku merah muka,dalam ati mula mncarut2..sial ko mel,ko kencing aku,tu namanya wafer,wafer gampang,bukan apam balik amerika..xpasal2 aku malu..ciss

Tuesday, October 20, 2009

cerita-ceriti kemy dan miza

arini aku nak cter kisah benar yang telah dialami oleh sang kemy dan sang miza pada aku...

cerita kemy....
-aku memang mngidam nak makn coklat..jadi lepas main boling ngan dak2 kelas kita, aku pun g r beli coklat kat giant di Tuttttttttttttttt mall...selepas membelek2 coklat aku pun memilih coklat jenama Ve(tuttttttttt)...aku pulang ke rumah dengan perasaan girang..terbayang di kotak fikiran aku untuk makn coklat idaman aku sambil mendengar lagu injit-injit semut di laptop..tapi lain yang aku rancang lain yang terjadi..semasa aku bersedia untuk makan coklat tersebut,terdetik ati aku untuk mematahkan bar coklat itu terlebih dahulu..dan apa yang memeranjatkan aku,terdapat ulat dalm kuantiti yang banyak..aku berasa geli geleman..dengan pantas aku melempar coklat tu kedalam tong sampah..terbantut keinginan aku untuk makan coklat...


reaksi kemy apabila aku bercerita tentang coklat..


komen aku :- ko amat rugi kemy,kalu ko makan ulat tu nama ko mungkin tercatat dalam sejarah budak VTO pertama yang berjaya makan ulat secara hidup2..

cerita miza
-citer ni terjadi masa aku g mngantar rombongan abng aku bkahwin ngan kak ipar aku di perak..ang tau la kun,jauh perjalanan dari sg. petani nak g ke manjung..aku memang peghakk(batak) la leh kuar dari negeri kedah..hepi aku kun,sampai aku xjamah apa2 makanan pun pagi tu...perjalanan jauh x terasa,sebb dalam kpala aku terbayang udang panjat,ayam masak merah dan feveret aku sirap..saat ini aku lihat air liur miza meleleh..sampai je kat sana kun,aku dengan kontrol ayu berjalan ke khemah utama..sampai sahaja kat khemah tu,aku pun terus duduk..tapi lain yang jadi kun..aku terduduk di atas tanah..habis orang gelak kat aku kun..aku malu..langsung aku x makan pape..skang ni aku fobia nak g umah orang kawen..


miza selepas kejadian di kenduri kawen

komen aku:- hahaha,lain kali tgok dulu ada kerusi ke x,jangan duk hadap sangat kat udang panjat..


Monday, October 19, 2009

kerana kasut

kisah benar yang mak aku ceritakan kembali pada aku........

ahad,tahun 1994..

"faiz,mu ni g mana,dari pagi x balik",sound mak aku ketika aku pulang tgahari untuk membedal nasi barang sesuap dua.."umah angah,main polis sentri",jawab aku sambil berlari kedapur untuk menghirup air..."kasut mu kat bilik air tu sapa nak basuh,mu ingat ada orang nak tolong cuci",kata mak aku lagi..aku menepuk dahi..."xpe la,kang orang jemur,mals r nak berus,nti orang kapur je ek bg putih" kata aku.."mu jngan nak ngada2,aku bedal mu ngan bulu ayam kekgi" ugut mak aku..aku ketar lutut..sakit beb apabila rotan bulu ayam bertemu dengan daging punggung.."ok2,makn dulu,kang orang basuh" kata aku..mak hanya diam..membenar tidak,menghalang tidak...selepas setel segala urusan memberus kasut dan aktiviti penjemuran di bawah cahaya matahari, sekali lagi aku menghilangkan diri dari rumah..aku pulang seiring dengan matahari yang sudah mahu terbenam di barat,ayam pula mula bertenggek untuk tidur di atas pokok..aku menjamah kasut aku.."huh,x kering"..desis ati aku..aku mula risau,esok dah la sekolah..xkan nak pakai kasut basah..aku masuk ke rumah cuba memikirkan cara untuk mengeringkan kasut kesayangan aku yang hanya sepasang itu.."mu jemur kasut mu bawah kipas,kompem kering" mak aku memberi idea pada aku pada ketika aku sedang resah memikirkan cara untuk mengeringkan kasut..aku mnyambut baik idea emak aku,aku meletakkan kasut di bawah kipas sambil mnyumbat kertas didalam kasut tersebut dengan harapan agar ia akan kering..

tengah malam...

aku terjaga dari tidur..aku bngkas bngun untuk melihat kasut kesayangan aku..ternyata tidak kering lagi..aku resah..perasaan kesal bercampur baur..tiba2 otak cerdik darjah 3 aku teringat sesuatu..haba dari peti ais mampu mngeringkan kasut..aku melonjak kegembiraan..aku terus melakukan kerja yang aku yakin pasti akn berjaya..dan aku amat pasti,jika berjaya,adik2 aku pasti akan mengikut jejak langkah aku..aku tersenyum puas...selesai segalanya..aku pun terus tidur..."bertuah punya budak" kata emak sambil menghayun bulu ayam pada punggung aku ketika aku sedang nyenyak tidur.."sapa ajar mu jemur kasut dalm peti ais"..marah mak..aku tersenyum sambil menahan sakit..

fakta
1) aku x tau aku g sekolah ke x ari tu
2) aku jemur kasut dalam peti ais setelah aku mngalihkan sayur
3) haba pans tidak terdapat di dalam peti sejuk



Monday, October 5, 2009

cerita ayie

kedai pinggan besar bangi a.k.a kedai pak cik (tahun 2007)

"is,aku rasa nak saman orang r" tiba2 ayie berkata pada aku ketika sedang mnunggu nasi goreng ayam sampai.."apa kes tiba2 nak saman ni,ko nak saman sapa" aku cuba mndapatkan kpastian..."ko tau is,aku kena tuduh mencuri" kata ayie pada aku.."bila plak ko kena tuduh mncuri" aku bertanya dengan nada terkejut.."semalam aku nak la g cari kasut",kata ayie memulakan cerita.."masa balik dari kampung aku singgah kat terminal 1 seremban,hajat nak cari kasut" ayie mula mnyusun plot ceritanya..aku mnangguk tanda mnyuruh dia meneruskan cerita.."pilih punya pilih,aku berkenan ngan satu kasut ni..harga memang berpatutan,lawa lak tu..aku sapu r" ayie terus bercerita..aku mndengar cerita ayie sambil mnyaksikn gerak tari tangan ayie bergerak2 seakan2 menari tarian mak yong apabila dia bercerita.."aku pun mnuju ke kaunter dan beratur di belakang mak datin..leh tahan is"..kata ayie lagi smbil mngukir senyuman gatal di wajah..aku menyedut milo ais aku perlahan2..terasa segar apabila air milo ais melalui ruang didalam tekak aku.."bila time datin tu nak bayar,tiba2 dia meraba2 beg duit dia,pastu dia pandang slack kat aku" kata ayie lagi.."apsal dia pandang ko slack lak" aku bertanya.."mula2 aku ingat dia terpikat ngan aku,pastu aku tgok dia tiba2 bercakap ngan cashier"..ayie berseloroh dalam serius..aku makin excited untuk mendengar..aku mula mencucuh rokok.."x sampi 5 minit datang 2 orang pngawal,dia kata aku curi duit datin ke,aku kata x..xkan la aku nak curi is,ko kan kenal aku"..kata ayie dengan nada sayu..aku mahu mnjawab tetapi terbntut apabila pekedai mmbawakan nasi goreng ayam yang telah di order oleh aku dan ayie.."datin tu kata dia memang syak aku yang curi,sebb memang aku je duk blakang dia,lagipun dia memang ada letak duit dalam beg sebelum kuar g shoping..sambung ayie lagi..suasana aku rasakan seakan sunyi.."ada ke bila pngawal tu check dompet aku,pngawal tu jumpa duit seratus,leh lak mak datin tu kata itu duit dia..dia kata aku x layak ada duit sebnyak tu" rintih ayie pada aku..ati aku bergelegak..darah aku rasakan mendidih..seperti mendidihnye kuah laksa di dalam kawah..nasi goreng ayam aku letak kan ketepi..seperti tiada selera..aku khusyuk mendengar cerita ayie.."pastu apa jadi" tnya aku agak tidak sabar.."aku kena bawak dalam bilik pngawal,aku kena soal..diorang ugut nak repot polis...aku kecut perut is,ko tau la polis..kalu xsalah pun bila dah kena reman kompem kena titik"..ayie semakin rancak bercerita.."ko tau x is,mak datin tu dalam bilik punya la masam muka dia..ati memang busuk,sampai ati tuduh aku bukan2,apa dia ingat aku ni x berduit ke"..ayie membuat mimik muka sedih..aku semakin terharu ati mnjadi galau..sedih jiwa mlihat rakan aku di tuduh sedemikian rupa.."macm mana ko leh lepas?" aku bertanya.."pak guard tu check cctv,dia kata aku x amik" terang ayie.."ko tau is,bila aku balik datin tu jumpa aku,dia minta maaf,dia kata dia memang lupa bawak duit"..kata ayie lagi...aku semakin panas,dingin malam x dapat mnyejukkan ati aku.."pastu ko kata apa kat datin bangang tu" aku ingin tahu.."x kata apa2,sebab aku terjaga dari tido..aku mimpi la is" kata ayie sambil gelak terbahak2..aku mncarut2 kepada ayie,sambil aku lihat ayie tergelak2 puas dapat mngenakan aku..hampeh ko.."ko rasa aku patut saman x dia is" kata ayie cuba memprovok aku.."aku terajang kang ko setan" balas aku..makin galak ayie ketawa



aku dan ayie di paksa bergambar di hadapan kamera..ternyata kami tidak pandai berposing - arkib dari kamera enset cik ayie




Sunday, October 4, 2009

manja oh simanja

ikm pekan,2005

"kun bak mai enset ang sat",aku nak layan satu awek baik punya",pinta taiping pada aku.."ko tgok kat bilik,kalu ada ko amik la" bals aku..pada masa itu,hidup aku terasa sunyi..tiada istilah berkapel..bagi aku kapel hnya mmbuang masa..aku masih naif ketika itu..tidak pernah cuba ingin memahami perasaan orang bercinta..pada tahun itu tiada topup rm 10..jauh sekali engkorang nak membeli topup rm 5..paling murah kad topup yang di bekal kan oleh pihak celcom kepada para pelanggannya pada ketika itu ialah rm 30...enset aku topup hanya untuk rakan2 gunakan..tdak mngapa bg aku..apa yang aku ingat pada bulan itu adalah bulan di mana aku berkenalan dengan cik ida..bulan yang istimewa bg aku si pengguna celcom.bukan bulan syawal,jauh sekali bulan kemerdekaan negara kita,tapi pada bulan itu pihak celcom menawarkan sms percuma kepada semua pelanggan2nya bermula dari pkul 12 mlm sehingga 6 pagi...berbalik kepada taiping..pada mgu itu dia kerap meminta simpati untuk mgunakan no celcom aku..jam menunjukkan pkul 12 tgah malm..tit tit tit..enset aku berbunyi..aku membuka folder msg pada enset 3310 aku..tertera nama manja.."perghh manja,xleh blah" kata aku dalam ati..aku pun mmberi enset pada taiping.."weh,awek ang si manja msg",kata aku smbil mnyerahkan enset kepada taiping.."ang layan r kun,aku letih r" kata taiping pada aku smbil mnarik selimut mnutup mukanya..aku membaca msg yang tertera.."hai daniel,rindu la dekat u"..aku membaca dengan nada geli geleman smbil mngutuk sahabat setoto aku yang mnyamar mnjadi daniel.."nama nak sedap" keji aku dalam ati..x sampi 5 minit enset aku kmbali berbunyi..aku membaca "awak x rindu saya ke"..tanpa sedar aku membals msg itu.."saya bukn daniel, daniel dah tido"..enpon aku berbunyi lagi,terasa lantai bergetar "kalu macm tu u je la layan i malm ni" balas si manja..aku semakin teruja,kami saling balas membalas msg..aku memperkenalkan diri sebagai remy dan dia selesa membahasakn dirinya manja..sehinggalah pada petang itu..enset aku berbunyi...nama manja tertera...aku mngangkat telepon.."hello" kata aku..."hello,remy ye,manja ni"..balas suara itu..aku terkejut lantas memutuskan talian..enset aku kembali berdering,aku terasa gerun...mlam itu aku off kan enset...woi gampang,ang bagi no tepon bapok apsal...terdengar taiping sakan bergelak ketawa di dalam bilik..


Thursday, October 1, 2009

sms ngan cik ida

rabu 23/09/2009 - 4 syawal 1430

aku: weh aku dah benti isap rokok

cik ida:ye ke,bukan ko dah cakap mcm ni beratus kali ke

aku: ko x caye sudah,aku akn buktikan..arini dah sehari tau aku benti

cik ida: ko baru sehari nak kecoh,kalu setaun aku blenje ko makan kat mcd seminggu

aku:ok,aku xheran ngan mcd la..aku nak ko turunkan hantaran kawen jadi rm5 ribu

cik ida:kita tgok lah mcm mana

selasa 29/9/2009 - 10 syawal 1430

cik ida: ko kompem ke berenti merokok ni

aku: tadi aku terbeli la rokok

cik ida:uish, xsampai seminggu

aku:aku xsengaja la

cik ida:ko memang hangat2 tahi ayam, hantaran naik lagi 5 ribu

aku terus tido......