AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Monday, March 1, 2010

parak

proton edar shah alam,tahun 2006

sepanjang aku bekerja di proton,bnyk ilmu tentang erti enjin kepada sebuah kereta telah aku dalami..madi antara sifu yang sering mngajar aku tentang cara2 menekel enjin sehingga enjin itu rebah kepangkuan aku dengan jayanya..aku pernh cuba mngayat sebuah enjin kereta jenis gen-2,namun cinta aku di tolak mentah2 sehingga la madi tanpa mngenakan bayaran menurunkan segala ayat dan skill untuk membuat enjin gen-2 tersebut rebah serta terkulai dalam tangan aku...madi tidaklah mempunyai rupa yang agak kacak seperti aku..namun kelincahan beliau dalam menundukkan segala jenis enjin proton amat mengkagumkan diri aku..tanpa ada segan lagi silu,aku telah mnganggap madi sebagai idola dalam menundukkan keperawanan sebuah enjin..pada mulanya aku agak sukar untuk berkomunikasi dengan madi,ini kerana beliau mempunyai kepekatan bahasa kelantan tahap tertinggi..pernah aku terbeli sirap sebnyak 5 bungkus akibat tertukar dengan sirap limau..lagi haru segala pembayaran untuk kelima2 bungkus sirap tersebut ditanggung 100% oleh dana yang terdapat di dalam dompet usang aku...berbalik pada madi,bg aku dia agak peramah..setiap customer yang datang di layan baik walau kadang2 aku lihat ramai di antara para customer lebih mngerut dahi untuk memahami loghat kelantan madi..

********************************************************** aku lihat madi secara berlagak memasukkan seekor waja secara melulu kedalam bengkel..aku bersama jijan yang melepak di dalam bengkel hanya memerhati keberlagakkan madi secara batin..aku lihat owner waja mula menghampiri madi di saat madi terkial2 untuk membuka bonet kereta tersebut..aku saksikan madi dengan ramah mula bertegur sapa dengan owner waja..ibarat interview,madi mula memperkenalkan dirinya,dari mana dia belajar sehingga la binatang peliharaan jirannya di kampung turut di ceritakan kepada owner waja tanpa ada jemu..aku lihat owner waja bnyak mngangguk dari menggeleng..sesekali dia membuka kamus bahasa kelantan-melayu untuk memahami setiap patah perkataan madi..sehingga la aku lihat owner waja terduduk kerana tidak dapat menjawab satu killer question dari madi..aku lihat air mata owner waja bergenang menunggu masa jatuh ke bumi...


notajari
madi bertanya kepada owner waja,adakah waja minyok paghok..owner waja yang aku kompem bukan seorang kelantan agak terpinga2 dengan soalan tersebut..madi mgulang soalan dengan berkata waja paghok dok minyok...sekali lagi owner waja aku lihat megerut dahinya sehingga terkeluar urat hijau...dan aku lihat owner waja terlentang bila madi memelayukan soalan dari kelantan ke bahasa standard dengan soalan yang berbunyi,minyak kereta waja parak tak......aku tergelak terguling2 sambil terkentut..bingai

p/s :- soalan sepatutnya minyak kereta waja kuat tak..bukan paghok ditukar mnjadi parak.......