AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, January 31, 2010

ayie yang keliru

pasar malm seksyen 1,bangi 2007

aku agak malas bila kutu2 umah mengajak aku bersama2 dalam meramaikan jemaah untuk berjalan secara tidak tentu hala ke pasar malam..aku menolak pada mulanya,namun setelah para perwakilan kutu rumah aku mula memainkan sentimen mahu memulaukan aku,aku dengan paksa rela terpaksa mengikut..celaka apa ugutan tidak mahu bermain counter strike dengan aku..mahu saja aku menerajang punggung mereka bertalu2 tanpa ihsan belas...

**********************************************************

aku lihat ramai orang di pasar malm..asap rokok aku lihat berkepul dalam pelbagai bentuk..suara penjual ubat kuat untuk lelaki yang lemah silih berganti dengan suara penjual sayur..aku lihat penjual2 ayam,ikan, daging hatta buah2an turut sama bersaing dalam melantangkan suara bagi melakukan barang jualan mereka..terhibur aku melihat telatah mereka walau kadang2 pitching suara lari dari landasan..aku dan kutu2 meneruskan perjalanan..kiri kanan awek silih berganti..aku lihat para kutu mula melelehkan air liur ketaksuban..cuma aku kental bertahan..datang la bidadari secantik mana pun,awek cute aku tetap di hati..mat2 bangla turut sama menyemakkan keadaan..aku berhenti seketika untuk membeli beberapa ketul pungkoq ayam goreng sebagai bekal untuk di bawa dalam misi menawan pasar malam..para kutu2 aku lihat rakus meraba2 pungkoq ayam didalam plastik yang aku pegang..x sampai seminit aku merasakan hnya plastik yang tinggal..kami meneruskan perjalanan sehinggalah ke tempat penjualan pakaian..."aku nak beli tuala weh" kata ayie..kami berhenti seketika untuk memberi laluan kepada ayie..

ayie: kak tuala ni berapa rm
akak penjual : yang ni rm 12 yang ni rm 18
ayie: apasal beza harga dia kak
akak penjual : oh,yang rm 12 dia x serap air yang rm 18 serap air
ayie: saya amik yang x serap air la kak,bole kurang x ni?
akak penjual : amik la rm 10
ayie : ok kak.

aku lihat ayie begitu gembira dengan tuala barunya cuma aku rasa nak tempeleng bila dia bertanya kepada kami mngapa perlu ada tuala serap air dan x serap air..lagi bertambah pening bila soalan ini di ulang2 selama seminggu..aku syak,ayie bengang tuala yang baru di belinya gagal berfungsi dengan baik dalam mnyerap air di badan..aku cuma tergelak bila pali mngatakan yang tuala bertujuan untuk mengeringkan badan dan untuk mngeringkan badan,ia perlulah menyerap air..kalu beli tuala x serap air baik pakai kain pelikat,kain pelikat pun mampu mnyerap air...dan tahap "kecerdikan" ayie terserlah bila dia mngunakan kain pelikat sebagai tuala..