AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Friday, November 26, 2010

sekadar satu cebisan dari akal pelupa

memang x dinafikan aku amat berbangga menjadi seorang yang berbangsa melayu..walau ada yang mngatakan melayu mudah lupa..namun bagi aku, semua bangsa yang ada di dunia ini pasti ada mempunyai pnyakit lupa..ini fakta, mana mungkin hanya bangsa melayu yang di kaitkan dengan gejala lupa...sudah pasti aku amat berbangga dengan ungkapan x kan melayu hilang di dunia..ungkapan keramat yang terbit dari mulut laksamana melayu Hang Tuah..masakan kita akan hilang jika peratus kelahiran bangsa kita semakin ari semakin meningkat..lupakan persoalan siapa penderhaka sebenar..adakah Hang Tuah atau Hang Jebat..perbezaan pendapat pasti ada..Harus di ingat, di dalam Islam sendiri mempunyai pelbagai mazhab dan pengikut..ada Sunni dan ada juga Syiah..Tapi bagi aku, mereka tetap mnyembah Allah yang satu..malah dalam pentafsiran ayat2 al-Quran juga terdapat perbezaan dari segi pendapat..di satu pihak mereka mnyatakan ayat2 suci al-Quran itu berjumlah 6666 ayat, ibnu Katsir seorang ulama yang berasal dari Kota Bashra pula mnyatakan bahawa Al-Quran itu terkandung dengan 6220 ayat..adakah ini mnyebabkan kita menjadi keliru dalam berfikir akan percanggahan pendapat??jawapannya adalah tidak..ini adalah kerana kita adalah insan yang lemah dan hanya Allah yang maha mengetahui..sepatutnya kita harus berbangga kerana al-Quran adalah kitab suci kita yang di wahyukan kepada Rasullullah S.A.W...


mengapa aku menulis entri ini??dan mngapa aku mngatakan melayu mudah lupa..kerana akal aku telah bercanggah dengan ati dalam hal ini..ini kerana akal mngatakan aku pelupa tetapi ati membela dengan mngatakan tidak...........

fakta
1.aku terlupa mncabut kunci motor dari suis
2.aku tidak mndengar khutbah jumaat pada ari ini
3. lepas ni aku berazam tidak akan lambat lagi ke masjid untuk solat jumaat
4. motor cabuk aku x ilang...





Tuesday, November 16, 2010

perutusan raya...

selamat ari raya aidil adha buat kawan2 dan seluruh rakyat Malaysia...




Sunday, November 14, 2010

terima kasih hazim

kg. rajawali, dungun Terengganu...12 november 2011

penat tubuh badan kelmarin masih terasa di seluruh anggota..ramai juga yang bertandang ke rumah toki..majlis perkahwinan mak chik boleh di katakan meriah juga walau tidak la sehebat majlis orang2 besar di kolumpo..mak chik agak ayu berbaju putih, manakala ayah chik pula agak segak dan tampan..parang aku letakkan ketepi, lantas aku duduk di atas sebatang kayu sambil memerhati para sepupu aku bermain sungai..ada yang berlari, ada yang mnyelam ada juga yang sekadar menangkap ketam angin di tepian..tersenyum aku melihat keletah mereka..kelapa pandan yang aku petik di belakang rumah toki, aku pandang secara berselera..sempat aku melayangkan sekeping msg kepada cik ida..cuba melepas rindu di hati..aku mencapai parang lantas menakik buah kelapa pandan........

aku sedang enak melepas lelah dengan meminum air kelapa bila hazim datang dari sungai menuju kearah aku.."abng faiz, nak air kelapa" hazim meminta.."meh duk kat abng meh" kata aku smbil menyuakan air kelapa pandan ke mulut hazim.."sedap x" aku bertanya..hazim sekadar mngangguk.."nak lagi?" aku berkata lagi..hazim menggeleng pula..aku tergelak kecil.."hazim kuat x?" aku mula menyaiko.."kuat la abng faiz" pantas dia menjawab.."yeke kuat??abng faiz optimus prime, abng faiz lagi kuat" aku mnyakat pula.."x la, hazim optimus prime,abng faiz amik yang jahat" dia pula cuba mnyaiko aku.."ala, hazim bumble bee ek, abng faiz optimus prime" aku memaenkan sentimen cuba mnyakitkan ati kanak2.."xnak2, hazim optimus prime" hazim mula melantangkan suara...aku terkekeh2 ketawa..berjaya juga aku mnyaiko kanak2.."hazim kuat x??" aku bertanya kembali soalan yang sama buat kali kedua.."kalu kuat hazim boleh jadi ultraman la kan" aku cuba memancing sepupu kecil aku ini...dia senyap.."bila dah besar, hazim nak jadi ultraman x??" aku bertanya lagi..."apa la abang faiz ni, bila dah besar hazim nak jadi manusia la" selamba hazim menjawab sambil berlalu pergi menuju ke sungai kembali..aku terkedu..cilakak

fakta.
1. baru aku tahu budak umur 6 tahun masa kini x bercita2 nak jadi ultraman apabila dewasa
2. hazim anak pak su aku no.2
3. aku terasa bodoh..damn


Monday, November 8, 2010

bila zam berkata2

kota kemuning 1.o5 pagi..

aku berjalan secara megah..sekali sekala aku tersenyum kambing seorang diri..memang totally puas ati torres boleh skor 2 bijik..aku tgok2 muka budak2 ancelloti semua dah mcm ayam berak kapur..muka roy hodgson plak makin ensem, ada mcm brad pitt..aku secara perlahan menolak pintu untuk masuk ke rumah.."Assalamualaikum"..kata ucapan sejahtera aku ucapkan kepada sekalian makhluk didalam rumah..''Waalaikumsalam" dari mana is..zam mnjawab salam dan bertanya dari mana kemunculan aku di awal pagi.."tropic, tgok liverpool lawn chelsea, baru balik mniaga ke?" aku pula bertanya zam.."a'ah"..ringkas zam menjawab sambil mata tidak berkelip melihat awek2 di fesbuknya..

aku terus berlalu ke bilik air untuk mngambil wudhuk...saat aku sedang asyik mngilas kain pelikat zam memandang aku dengan pandangan penuh makna..."weh is, ko sehari semayang isya 2 kali ke?" zam bertanya pada aku.."xla, aku baru nak semayang je ni" jawab aku sambil tersenyum..."kalu kul 12 dah kira esok kan" zam mula memainkan ayat.."ko ni tnya soklan bangang apasal, memang kira ari esok la" bangga aku leh mnjawab soalan maut zam.."owh, ko semayang isya ni untuk ari esok la kan, sebb dah kul 12..esok pkul 8 lebih ko semayang lagi untuk ari yang sama, mknanya dua kali la ko solat kan" pedih ayat zam beri pada aku...aku terus mengangkat takbir..damn..

mulai ari ni, aku dah xnak lengah2 kan semayang...

Sunday, November 7, 2010

rooney dan old trafford

opis sei ryu sha...


aku sedang melantak nasi lemak pakcik van bila nawi ngan daus si budak praktikal sedang bersembang pasal bola.."weh, rooney nak blah dari man. u r" kata daus sambil membelek halaman kosmo.."ceh, rooney nak apa lagi, man u kan kuat" nawi membalas kata daus..aku yang sedang enak makan cuba ingin mnyampuk, tapi mak pesan jngan bercakap semasa makan..jadi aku pendamkan hasrat untuk mnyampuk barang sepatah dua..."dia balah ngan ferguson, ntah apa la ferguson ni" daus menghangatkan lagi topik perbualan.."ferguson tu bengong, dengan semua pemain dia x puas ati" nawi mula menyemarakkan lagi aktiviti persembangan tersebut..aku yang memang peminat kipas susah mati (die hard fan) liverpool cuma tersengih.."dengar cter rooney nak g maen ngan man city lak" daus menerangkan apa yang di baca pada nawi.."owh dia kuar man u, pastu nak main kat old trafford la ek" balas nawi bersahaja..aku terus tercekik nasi..gampang..

weh, man u tu stadium dia old trafford..old trafford tu stadium man u..

Thursday, November 4, 2010

kerana ayah tahu

dulu2 mak kata aku suka sangat dengan bola sepak..dan menurut emak lagi.aku mula tahu membaca sekitar umo 5 tahun, ia adalah di sebabkan kerana minat aku akn bolasepak..dan apabila ayah membeli surat kabar, muka surat yang memaparkan berita tentang sukan akn di berikan pada aku...kerana ayah tahu itu minat aku...

aku mula belajar mngaji dan solat ketika belum lagi menjejak kaki ke sekolah rendah..ayah amat marah jika kami lalai dan meninggalkan solat..kerana ayah tahu agama sahajalah yang mmpu mnjadikan kami manusia..

aku masih ingat lagi, apabila aku bersekolah rendah, matematik aku hancur..ayah pernah memaksa aku untuk menghafal sifir..dan aku akui, sifir dua dan 5 beserta sepuloh la yang paling mudah aku hafal..sifir 3, mahupun 7 mampu membuat ayah meradang jika dia menyuruh aku huraikan..segar lagi dalam fikiran, ayah menghadiahkan aku dan noni sebuah sempoa..kerana ayah tahu kami akan berjaya jika ada alatan yang boleh membantu kami dalam mngingat sifir..

jika ayah dapat gaji, ayah selalu membeli ayam mentah dan ikan tongkol..itu kegemaran kami adk beradik.. dan kadang2 ayah suka membeli sate..walau hakikat ayah selalu mngikat perut ketika bekerja..jika lapar di tempat kerja, ayah akan makan bekalan yang di masak oleh emak..kerana ayah tahu, dia bekerja untuk mmberi sesuap nasi untuk keluarga

masuk ke sekolah menengah aku mula mnjadi nakal..ayah semakin pening kepala, marah ayah sudah seperti makanan bagi aku..namun setiap kali ayah marah tidak pula diselangi dengan kata2 makian juga cacian, tetapi terselit dengan kata2 nasihat..kerana ayah tahu setiap perkataan yang keluar adalah doa..

aku mula merokok ketika tingkatan 3, dan masih segar ketika bulan ramadhan selepas SPM, aku menghisap rokok dan ayah lalu smbil menjeling sambil tersenyum..pantas aku membuang rokok yang baru aku cucuh, smbil menahan asap didalam mulut..ayah tidak marah, kerana ayah tahu aku sudah besar dan mmpu berpikir mana yang baik dan mana yang buruk..syukur kepada Allah, aku bebas dari nikotin kini..

aku bekerja sebagai mekanik setelah tamat IKM..selama setahun sebelum tawaran unikl smpai..ayah menasihatkan aku supaya mnyambung pelajaran..kerana ayah tahu hanya pelajaran yang mmpu mnjamin masa depan..

19/11/2010 ayah berumur 56 tahun..terlalu bnyak pngorbanan ayah bagi pada kami..aku sebagai anak sulung mewakili adik2 yang lain memohon kepada Allah semoga ayah sentiasa sihat dan hidup dalam rahmat Allah..ayah pasti berbangga dengan kami, kerana ayah tahu kami sayang akan ayah...........