AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, March 27, 2011

subuh itu

Aku membuka kepala paip dengan penuh berhemah..dengan perlahan aku berkumur2 untuk membuang ubat gigi yang masih tersisa di dalam ruangan mulut..setelah aku pasti yang gigi dan mulut sudah tercuci,dengan rendah hati aku mengangkat air wudhuk..ahh, sejuk sehingga mencengkam ke tulang sum-sum..di mulai dengan tangan dan secara tertibnya berakhir di kaki..syukur pada Allah..aku mengangkat tangan lantas berdoa selepas tamat mengambil wudhuk..

Perlahan aku menuju ke bilik..seragam untuk menunaikan fardhu subuh telah siap terpakai..aku iqamat..aku menetapkan hati, aku berdiri betul,aku berniat dan akhirnya aku mengangkat takbir dengan penuh emosi..aku membaca Al-fatihah dengan cermat..jiwa aku kosongkan bagi mendapatkan kekusyukkan bersolat..”faiz, owh faiz” suara zam sayup terdengar..kosentrasi aku mula terganggu..”oi faiz, ari nak cerah” zam berkata-kata lagi..dan aku merasakan kata2 itu tidak lagi sayup2 tapi semakin hampir..aku berani kompom, kekusyukkan aku telah terganggu..”faiz, ko dah semayang ke” nyaring pula kata2 zam menembusi kotak pendengaran aku..ati aku menjadi geram..kekusyukkan yang di cari makin jauh pergi..dan pintu aku dengar di tutup kuat..

Aku beristighfar..jam aku tenung..7.45 pagi.. cilakak subuh gajah lagi..sejak bila syaitan boleh mendatangkan mimpi aku melakukan solat subuh..gampang

Wednesday, March 9, 2011

lupa diri

dua bulan yang lalu aku rasa sekor semut pun xde yang masuk dalam rongga mulut aku..kepala ikan pun jarang2 aku jamah..maria ozawa pun aku dah x layan..apa lagi cter2 mesum..dan arini hasil amalan makan kurma di cicah dengan madu asli tanjung tualang ingatan aku kembali pulih..apa celaka leh lupa password blog sendiri..damn..