AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, September 19, 2010

arial tv

8 syawal 1431 hijrah..10.30 pagi

lagu raya DJ Dave aku nyanyikan secara sumbang smbil melangkah secara riang kedalam mydin mart kota kemuning...secara tergesa2 tapi dengan hayunan gerak badan yang macho aku masuk ke ruang elektronik dan segera mencari arial jenama XMA-850..dengan kotak yang sendat lagi seksi berwarna merah ati, air liur aku mula meleleh..halkum aku turun naik laju..dada x usah sebut,memang kencang berdegup..iman aku mula goyah bila terbaca akan 360 rotation..ini yang aku cari desis hati aku..dengan lagak macho sambil mengepit kotak di celah ketiak aku mula berjalan ke arah kaunter...air peluh ketiak yang menitis syahdu ke kotak tidak aku hairankan..dengan muka berlagak xnak kalah, gadis cashier menyambut kehadiran aku tanpa secarit senyuman..32.60 terpampang jelas di mata..dengan penuh lemah lembut,aku mngeluarkan rm 50.."masih ada bau2an bank rupanya duit ni" aku berbisik megah didalam ati..dan apabila wang baki telah beralih tangan, aku secara kasar terus berlalu tanpa ada perasaan mahu meminta nombor telepon atau sengaja mahu bertanya pukul berapa waktu itu..

kg sg kayu ara..2.30 petang

aku terus duduk secara bersila lagak gaya seperti pahlawan..layout arial aku tenung tajam..aku rasakan agak mudah untuk menginstall arial..sambil mngunyah tat nenas dengan tangan sebelah kanan,dan memasang arial mngunakan tangan kiri..aku berjaya juga mnyudahkan kerja pemasangan tanpa ada proses pemeluhan..setelah meneguk sirap barang sejag dua..aku mula mnjalankan misi meletakkan arial di atas bumbung.......langkah pertama arial lama aku potong dan kerat tanpa ada perasaan belas wayarnya..seterusnya aku campakkan arial lama secara membuta tuli ke bawah sambil meludah tanpa ada hemah..tidak sampai sejam proses tamat..dan aku membuka tv untuk menikmati rancangan raya...

nota jari:
memang cantik gambar tv kat umah aku..sekarang aku tgah2 bkira2 nak pasang astro..gampang

Monday, August 30, 2010

aku,puasa,ayah,bazar ramadan,dan fanta

damansara utama,sekitar tahun 1992

aku terjaga dari tidur..masakan emak yang menusuk hidung mmbuat aku terjaga..rasa lapar mencucuk2 smpai kedasar perut..aku terus kedapur untuk memantau..lagak gaya seperti ketua chef..aku lihat mak tekun.."macm mana puasa??"dah nak dekat berbuka lagi setengah jam je" emak menyapa aku..aku sekadar mnagangkat ibu jari tngan..agak macho mnjawab soalan emak dengan mnggunakan jari.."mana ayah mak" aku bertanya sambil tangan aku geselkan pada mata mncari kalau2 ada tahi mata yang melekat di birai mata..jatuh la keenseman budak 7 tahun jika aku biarkan tahi mata bermaharajalela tanpa dibanteras.."dah pergi pasar" jawab emak sambil lewa..aku yang mndengar terus tersentak..air mata jatuh gugur mmbasahi pipi.....kehenseman yang terpelihara selama ini lebur..hancur musnah harapan mahu berjalan di bazar ramadan..bazar ramadan uptown damansara memang rare dikala itu..karipap yang dijual mempunyai inti full dan jarang yang berinti angin..sindiket2 karipap berinti angin takut membuat onar..bimbang pembeli akan berpaling tadah mmbeli kuih melaka yang kompom air gula merahnya mampu memancut jika digigit..zaman itu tiada lagi awek2 seksi pakai baju kecik mcm sekarang..laki dahulu pasti goyah iman jika melawat ke bazar ramadan sekarang..sudah pasti x terselamat dari godaan perempuan2 yang cuba mengdietkan pahala puasa..tapi jika iman kuat seperti aku tidak mnjadi hal semua itu..aku memang agak hero,jika pmpuan pakai apa pun aku mmpu mngatasi..tapi iman aku agak longgar jika tidak di ajak ke bazar ramadan..aku mula mngamuk..menangis smbil menghentak kepala di lantai..berhenti bila bunyi suzuki merah mngaum..ahh,belalang tempur ayah sudah sampai..dan ayah mmbawa sebotol fanta ungu...aku tersenyum..

notajari;
aku berlari mndapatkan fanta dari ayah..terus aku buka dan aku hirup penuh makna..dan akhirnya aku duduk di hadapan tv tatkala azan mgrib berkumandang...dan itu habuan untuk mereka yang tidak sabar berbuka puasa..hampeh

fakta:
1. sudah agak lama aku x berjumpa dengan air fanta
2.bazar ramadan dahulu juga ada menjual permainan
3.aku memang di lahirkan sebagai hero

Tuesday, August 24, 2010

kembali

agak lama aku tidak menaip..keyboard yang sedia ada cabuk,aku lihat semakin bertambah kecabukkannya..aku akan kembali menaip..bercerita akan cerita benar yang aku olah sehingga aku sendiri tidak tahu akan kebenarannya lagi....agak tidak terlewat untuk aku mngucapkan selamat mnyambut ramadan n dan selamat mmperkayakan lama amal ibadah....