AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, November 14, 2010

terima kasih hazim

kg. rajawali, dungun Terengganu...12 november 2011

penat tubuh badan kelmarin masih terasa di seluruh anggota..ramai juga yang bertandang ke rumah toki..majlis perkahwinan mak chik boleh di katakan meriah juga walau tidak la sehebat majlis orang2 besar di kolumpo..mak chik agak ayu berbaju putih, manakala ayah chik pula agak segak dan tampan..parang aku letakkan ketepi, lantas aku duduk di atas sebatang kayu sambil memerhati para sepupu aku bermain sungai..ada yang berlari, ada yang mnyelam ada juga yang sekadar menangkap ketam angin di tepian..tersenyum aku melihat keletah mereka..kelapa pandan yang aku petik di belakang rumah toki, aku pandang secara berselera..sempat aku melayangkan sekeping msg kepada cik ida..cuba melepas rindu di hati..aku mencapai parang lantas menakik buah kelapa pandan........

aku sedang enak melepas lelah dengan meminum air kelapa bila hazim datang dari sungai menuju kearah aku.."abng faiz, nak air kelapa" hazim meminta.."meh duk kat abng meh" kata aku smbil menyuakan air kelapa pandan ke mulut hazim.."sedap x" aku bertanya..hazim sekadar mngangguk.."nak lagi?" aku berkata lagi..hazim menggeleng pula..aku tergelak kecil.."hazim kuat x?" aku mula menyaiko.."kuat la abng faiz" pantas dia menjawab.."yeke kuat??abng faiz optimus prime, abng faiz lagi kuat" aku mnyakat pula.."x la, hazim optimus prime,abng faiz amik yang jahat" dia pula cuba mnyaiko aku.."ala, hazim bumble bee ek, abng faiz optimus prime" aku memaenkan sentimen cuba mnyakitkan ati kanak2.."xnak2, hazim optimus prime" hazim mula melantangkan suara...aku terkekeh2 ketawa..berjaya juga aku mnyaiko kanak2.."hazim kuat x??" aku bertanya kembali soalan yang sama buat kali kedua.."kalu kuat hazim boleh jadi ultraman la kan" aku cuba memancing sepupu kecil aku ini...dia senyap.."bila dah besar, hazim nak jadi ultraman x??" aku bertanya lagi..."apa la abang faiz ni, bila dah besar hazim nak jadi manusia la" selamba hazim menjawab sambil berlalu pergi menuju ke sungai kembali..aku terkedu..cilakak

fakta.
1. baru aku tahu budak umur 6 tahun masa kini x bercita2 nak jadi ultraman apabila dewasa
2. hazim anak pak su aku no.2
3. aku terasa bodoh..damn


1 pengomen:

ummi syifa & auni said...

budak sekarang so advance.... kadang2 dia boleh lakukan sesuatu lebih dari yang kita jangka....