AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Friday, November 26, 2010

sekadar satu cebisan dari akal pelupa

memang x dinafikan aku amat berbangga menjadi seorang yang berbangsa melayu..walau ada yang mngatakan melayu mudah lupa..namun bagi aku, semua bangsa yang ada di dunia ini pasti ada mempunyai pnyakit lupa..ini fakta, mana mungkin hanya bangsa melayu yang di kaitkan dengan gejala lupa...sudah pasti aku amat berbangga dengan ungkapan x kan melayu hilang di dunia..ungkapan keramat yang terbit dari mulut laksamana melayu Hang Tuah..masakan kita akan hilang jika peratus kelahiran bangsa kita semakin ari semakin meningkat..lupakan persoalan siapa penderhaka sebenar..adakah Hang Tuah atau Hang Jebat..perbezaan pendapat pasti ada..Harus di ingat, di dalam Islam sendiri mempunyai pelbagai mazhab dan pengikut..ada Sunni dan ada juga Syiah..Tapi bagi aku, mereka tetap mnyembah Allah yang satu..malah dalam pentafsiran ayat2 al-Quran juga terdapat perbezaan dari segi pendapat..di satu pihak mereka mnyatakan ayat2 suci al-Quran itu berjumlah 6666 ayat, ibnu Katsir seorang ulama yang berasal dari Kota Bashra pula mnyatakan bahawa Al-Quran itu terkandung dengan 6220 ayat..adakah ini mnyebabkan kita menjadi keliru dalam berfikir akan percanggahan pendapat??jawapannya adalah tidak..ini adalah kerana kita adalah insan yang lemah dan hanya Allah yang maha mengetahui..sepatutnya kita harus berbangga kerana al-Quran adalah kitab suci kita yang di wahyukan kepada Rasullullah S.A.W...


mengapa aku menulis entri ini??dan mngapa aku mngatakan melayu mudah lupa..kerana akal aku telah bercanggah dengan ati dalam hal ini..ini kerana akal mngatakan aku pelupa tetapi ati membela dengan mngatakan tidak...........

fakta
1.aku terlupa mncabut kunci motor dari suis
2.aku tidak mndengar khutbah jumaat pada ari ini
3. lepas ni aku berazam tidak akan lambat lagi ke masjid untuk solat jumaat
4. motor cabuk aku x ilang...





Tuesday, November 16, 2010

perutusan raya...

selamat ari raya aidil adha buat kawan2 dan seluruh rakyat Malaysia...




Sunday, November 14, 2010

terima kasih hazim

kg. rajawali, dungun Terengganu...12 november 2011

penat tubuh badan kelmarin masih terasa di seluruh anggota..ramai juga yang bertandang ke rumah toki..majlis perkahwinan mak chik boleh di katakan meriah juga walau tidak la sehebat majlis orang2 besar di kolumpo..mak chik agak ayu berbaju putih, manakala ayah chik pula agak segak dan tampan..parang aku letakkan ketepi, lantas aku duduk di atas sebatang kayu sambil memerhati para sepupu aku bermain sungai..ada yang berlari, ada yang mnyelam ada juga yang sekadar menangkap ketam angin di tepian..tersenyum aku melihat keletah mereka..kelapa pandan yang aku petik di belakang rumah toki, aku pandang secara berselera..sempat aku melayangkan sekeping msg kepada cik ida..cuba melepas rindu di hati..aku mencapai parang lantas menakik buah kelapa pandan........

aku sedang enak melepas lelah dengan meminum air kelapa bila hazim datang dari sungai menuju kearah aku.."abng faiz, nak air kelapa" hazim meminta.."meh duk kat abng meh" kata aku smbil menyuakan air kelapa pandan ke mulut hazim.."sedap x" aku bertanya..hazim sekadar mngangguk.."nak lagi?" aku berkata lagi..hazim menggeleng pula..aku tergelak kecil.."hazim kuat x?" aku mula menyaiko.."kuat la abng faiz" pantas dia menjawab.."yeke kuat??abng faiz optimus prime, abng faiz lagi kuat" aku mnyakat pula.."x la, hazim optimus prime,abng faiz amik yang jahat" dia pula cuba mnyaiko aku.."ala, hazim bumble bee ek, abng faiz optimus prime" aku memaenkan sentimen cuba mnyakitkan ati kanak2.."xnak2, hazim optimus prime" hazim mula melantangkan suara...aku terkekeh2 ketawa..berjaya juga aku mnyaiko kanak2.."hazim kuat x??" aku bertanya kembali soalan yang sama buat kali kedua.."kalu kuat hazim boleh jadi ultraman la kan" aku cuba memancing sepupu kecil aku ini...dia senyap.."bila dah besar, hazim nak jadi ultraman x??" aku bertanya lagi..."apa la abang faiz ni, bila dah besar hazim nak jadi manusia la" selamba hazim menjawab sambil berlalu pergi menuju ke sungai kembali..aku terkedu..cilakak

fakta.
1. baru aku tahu budak umur 6 tahun masa kini x bercita2 nak jadi ultraman apabila dewasa
2. hazim anak pak su aku no.2
3. aku terasa bodoh..damn