AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Sunday, December 20, 2009

sempena maal hijrah



1 muharram 1431

aku agak terlewat mendengar cerita tentang megat acab a.k.a magskin yang kini sedang menuju ke jalan lurus setelah melalui liku2 jalan yang bengkok..tidak aku nafikan saat2 aku bergelumang di alam jahiliah aku amat memuja dan menghafal bait lirik lagu yang di bawa oleh kumpulan yang aku anggap pelopor skinhead di malaysia..lagu street of uptown merupakan blues bg aku ketika zaman aku masih berbaju putih dan berseluar hijau..uptown damansara merupakan tempat berkumpul...a.c.a.b atau
All Cops Are Bastard atau ada mngatakan ACAB itu ialah All Capatalist Are Bastard mengikut pemahaman pengikut2 setia mereka, agak gah pada awal 90 an ke awal alaf baru..walau apa pun maksud a.c.a.b atau nama panjangnya absolute chaotic asian band ia sebenarnya telah membuatkan palajar2 sekolah menengah di zaman aku menuntut ilmu mula membotakkan rambut dan mengkecikkan kaki seluar masing2..bagi aku fenomena skinhead di sekolah2 pada ketika itu mula membarah dan bernanah,sehingga ada para guru mula tidak mngambil port kepada pelajar yang berambut panjang melepasi bahu tetapi mngejar sang botak yang semakin bermaharajalela...baju berjenama fred perry atau kasut doc mat menjadi sasaran..bagi skingirl pula,kain sekolah dipakai diats buku lali,dan kain kelihatan tergantung atau senteng..aku bukan la seorang skinhead..tidak lah aku mempunyai sikap racist tidak tentu pasal dan memegang istilah malay power di dalam diri seperti yang diterapkan oleh para pengikut skinhead2 semalaysia..tapi agak ramai rakan2 aku yang terjebak dengan budaya skin head ini..sebut saja skin nazi,skin sharp atau trade skin,aku rasa tidak terkira yang menyertai..togak arak ibarat minum milo ais..gig dan riot telah menjadi darah daging..teringat pada senduk,yang menunjukkan pada aku mankind(jika tidak salah) atau bible bg pngikut skinhead yang mngatakan mereka tidak mngakui adanya tuhan..senduk kerap mngajak aku mnyertai kumpulan skinhead,tetapi aku lebih memuja aliran grunge..sehingga kini aku masih seorang yang tidak suka mnyikat rambut dan lebh suka kelihatan selekeh..aku menghafal tarikh kematian kurt cobain,dan sentiasa mendengar lagu2 nirvana,butterfinger mahupun silverchair...berbalik kepada megat,bg pengikut2 skinhead beliau adalah idola..lagu2 seperti street of uptown,racial hatred,orang timur atau semua lagu di dalam album eastern oi,orang timur mahupun skinhead 4 life telah menjadi ibarat zikir penenang bg jiwa skinhead..heboh juga cerita bahawa dia pernah dipukul gara2 memakai baju bertulis fuck M..ada yang mnyatakan m bermaksud mhthir iaitu pm ke 4 ngara kita,dan ada yang mngtakan m tersebut nabi kesayangan kita..cerita ini aku tidak pasti kesahihannya,kerana cuma mnjadi bualan mulut di kalangan pngikut skinhead..cuma aku agak bersyukur dia kini telah berubah..aku turut berdoa agar rakan2 aku dahulu yang terbabit dalm gejala skinhead ini turut sama ingin berubah..sempena maal hijrah,tidak salah kita berhijrah dari perkara tidak baik ke perkara yang lebih baik..

nota jari
aku pernah menganggap kurt cobain sebagai manusia paling agung dalam dunia dan pernah bercita2 mahu melawat seattle amerika yang di anggap sebagai pusat tertubuhnya aliran grunge..peace,love and empathy sering bermain dalm minda aku seiring dengan lukisan smiling face yang aku conteng di dalam buku2 latihan sekolah..aku rasa mcm celaka bila aku mengagungkan bnda yang aku rasakan dahulu terlalu istimewa tapi sebenarnya hampas..aku bersyukur kini aku sudah mula pandai menarik sejadah...