AMARAN!!

blog ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 sekolah. Ini kerana penggunaan ejaan dan tatabahasa di dalam blog ini telah dikompomkan oleh aku sebanyak 100% menyeleweng dari apa yang telah di ajar para guru di sekolah2 seluruh Malaysia.

Wednesday, October 28, 2009

master raja

bangi 2008..

aku terbaring lesu diatas toto..final projek yang aku jangkakn mudah, tidak semena2 menjadi sukar sehingga menyesakkan salur pernafasan aku..aku rasakan projek yang aku timang dan belai2 selama ini seakan2 ingin membuat taik dengan aku..3 biji stater motor telah berjaya aku tong sampahkan..berbelas2 jnis relay terbakar..x kira relay normaly open normally close,semua terkulai layu tak bermaya apabila berjumpa dengan projek yang aku cuba jayakan...tak usah nak kira wayar,jijik aku melihat wayar2 yang cuba untuk berjasa pada aku terbakar apabila cubaan memusingkan starter motor menjadi dua arah tidak berjaya...aku berguru dengan pelbagai sifu dari berbagai cabang jenis kejuruteraan..namun tidak juga mendapat keputusan positif..aku semakin hampa..terbayang di kepala perkataan repeat...malam itu master raja sekali lagi cuba untuk test akan feng shui nya pada pojek aku.."projek mu ni memang payah,xdok lagi orang leh wat starter motor pusing dua arah" kata master raja pada aku...aku cuma tersengih sumbing dan mngangguk2 seperti burung belatuk.."aku rasa pun aku tak leh nak tolong mu,sebb aku pun kena tgok keadaan feng shui budak2 UKM esok" terang master raja.."tapi xpe, kita tes"...aku lihat mulutnya terkumat kamit membaca mentera dari kitab tertinggi tahap dewa yang dituntut di kedai desanika.. smbil mngambil sedikit unsur logik master raja mnyambung wayar dari koil terus ke bateri..sambil aku terbaring lesu menghitung hari untuk membuat presentation.."mu jngn lupa komisyen aku nanti kalu berjaya" sempat master raja menyelitkan urusniaga di sebalik kekhusyukan membaca mentera..tiba2 master raja melonjak seakan2 kejang,seperti pendamping sudah menemui punca..aku terus memerhati..aku tidk keseorangan ketika keadaan ini,alfred dunhill sentiasa menyapot minda aku dengan segala kandungan nikotin dan tar...aku berdebar..'weh is,jadi' kata master raja..aku menjadi teruja.."jadi ke" aku bertanya.."jadi" sahut master raja ringkas.."jadi la ko repeat sem depan,sebab ko punya stater yang ni pun dah kong" kata master raja sambil tergelak2..aku mula membaca mantera,perkataan celaka aku baca sebnyak 44 kali dan aku tujukan kepada master raja si pakar feng shui..........






projek yang akhirnya menjadi...

0 pengomen: